Eh, study? Hah, ada yang pelik aku study lagi? Hah, pada yang kenal aku dengan dekat tu tahulah aku sambung study and malas nak cerita lebih. So, baca je perkembangan aku melalui entry2 aku seterusnya nanti. Now, aku kat Melaka dan sedang meneruskan perjuangan aku yang belum berkesudahan bersama Seni dan Teater aku tu. Cerita pasal teater pula, sekarang on the way project teater yang maybe akan dipentaskan awal bulan 11. Skrip dah dipilih dan tajuknya adalahhhhhhhh.....
Nanti dululah bagitahu. Hehehe..Tak suprise la bagitahu awal-awal. Apa yang aku boleh bagitahu sekarang adalah minggu depan aku present project theater ni dan if approved je, hah nanti boleh cek habaq kat hangpa semua lol. This week, banyak program dan task. Minggu ni agak sibuk dengan pertandingan sketsa anjuran Kementerian Perdagangan. Aku ketua kumpulan je tak join berlakon just pimpin terpimpin dipimpin dan memimpin. Eh, hahaha. Yang berlakon sketsa budak junior teater semester 1 dan 2. Pertandingan tu tak lama je lagi bulan 9 ni je.
Selain tu, minggu ni aku memang agak serabut dengan proses kerja teater aku akan datang ni. Manakan tidaknya, aku sorang nak buat semua kerja ni. Adeh, tapi tak apalah. Kali ni kerja-kerja yang sukar ni pada aku jadi mudah dan cepat bila aku buat sorang. Sebab? Sebab semua keputusan terletak pada aku sorang je. Aku tak payah nak bergaduh dengan orang lain cerita apa aku nak buat, set apa, prop apa, nak buat kat mana semua. Semua aku decide sendiri. So, I'm very happy girl now because kuat tak kuat, malas tak malas, buat tak buat semua aku je yang kena. Sekarang, aku kena cari Zetty yang kuat dan kental pada suatu masa dulu. Hurm, tiba-tiba rasa sayu hati pula. Sayu hati sebab teringat zaman 'kejatuhan' aku dulu. Wake up, Zetty and I'm stand here now. Tak perlu rasanya nak kenang kan.
Oh ya, pada yang rasa kenapa aku buat sorang-sorang pula? Tak de yang tolong ke? Eh gila, aku nak buat semua tu sorang-sorang? Yang sorang-sorang tu dari segi penilaian aku je laa. Aku memilih bahagian pengarahan untuk dinilai. Wow, serius takut. Ada yang wow, bestnya ambil directing. Nah, best lah sangat kan bila semua benda kita yang nak kena tetapkan. Oh, memang pening sangat bila fikir tapi must cool la kan. Gemuruh and gugup tu mestilah ada. Aku tak perlu takut sangat kerana aku masih ada sahabat-sahabat, adik-adik dan si dia yang sentiasa back up me. Untuk show aku ni pun, semua masih sudi hulurkan bantuan. Terharu sangat.
Apa yang paling penting sekarang adalah FOKUS. Aku kena betul-betul fokus dan serius sebab masa ini saja yang aku ada. Nak atau tak, aku kena juga langgar. Langgar tu tak bermaksud main langgar tak tengok, langgar tu kena la bercara. Wah, bercara pula. Hahaha. Apa saja la aku ni kan. Mimpi tu jangan tahu sampai ke bintang je kan? Apa kata kita cari cara nak pergi ke sana. Aku sedar pada masa sekarang ni zaman yang agak menyakitkan. Cukup sakit. Kenapa? Rasanya semua orang ada jawapannya kan.
Sebenarnya, aku agak takut bila hidup di zaman ini, abad ini, hari ini dan pada saat ini. Kehidupan sekarang tak seindah yang korang rasakan. Kehidupan sekarang tak banyak melalui fasa-fasa kesusahan, al-maklumlah sekarang zaman bertamadun ni berselirat dengan kecanggihan teknologi. Sekarang nak apa dah mudah, cepat dan instant (segera). Jika aku diberikan satu je kuasa yang memberi peluang untuk aku memenuhi kehendak hati ini, aku akan pilih untuk bertukar!! Bertukar jadi power rangers ke? Hahaha, bukan lerr. Aku nak tukarkan zaman sekarang ke zaman 1990 dulu. Zaman tu la penuh dengan magisnya yang tersendiri. Teringat waktu-waktu susahnya hidup meskipun aku baru hidup di zaman tu.
Berbeza sekali dengan zaman sekarang. Ramai orang akan tanya macam ni, "Kak, ada id we chat tak? Ada istagram tak? kakoo talk la eh macam-macam lagi la. Zaman sekarang semua orang aku tengok berebut-rebut nak maju, upgrade gajet baru, handphone janganlah cakap. Sekarang handphone mak aih bosar gajoh laa. Tak sah kalau tak guna tab, i phone dan banyak lagi la. Tapi aku tak salahkan zaman dan teknologi itu. Kita semua dah jadi manusia yan sebahagian daripada manusia bertamadun. Hidup dengan ilmu-ilmu yang sebantal dengan minda, teknologi yang semakin sebati dengan diri masing-masing.
Cuma apa yang menyakitkan mata dan jiwa ini adalah 'penyakit' dan 'virus' tu. Budak-budak zaman sekarang cukup obses dengan sesuatu yang baru dan mahukan dengan rasa tak nak dikatakan ketinggalan zamanlah apa lah. Mungkin dengan cara ni, orang akan pandang dia wahh, up to date nya dia ni dan lebih tepat lagi orang akan cakap dia HOT. Itu yang aku nampak sekarang. Ramai berebut nak jadi ARTIS. No wonder lah kan banyak sangat kes-kes berlaku seiring dengan kemajuan teknologi zaman ini. Apa pun, aku tak nak bahas terlalu lama tentang penyakit ni, aku takut orang labelkan aku sebagai orang yang mundur dan tak mahu menerima sesuatu perubahan itu.
Hello, apa yang korang rasa baik untuk diri sendiri, pilih untuk diri sendiri dan jangan menipu diri sendiri semata-mata nak diri tu melebihi luar daripada kemampuan. Paling penting, jadi diri sendiri dan jangan hipokrit dengan diri sendiri. Ukur baju juga di badan sendiri, if mampu upgrade dengan duit yang banyak ( bukan duit mak ayah), nak pakai tabs besar TV pun tak de hal la. Jangan jadi macam sorang member aku ni, beli tabs mahal-mahal, nak makan tak de duit last-last minta simpati orang. Huh, acaner tuh?
Ok, tutuplah cerita tu. Nanti aku kena aim pula. Haha, eh blog aku kan. Aku punya sukalah. Tak suka, p baca blog orang lain la ea. Huhu. -The End-
Eh, belum lagi. Semalam aku berkesempatan menonton filem seram yang pastinya aku memang penakut dan tengok sorang-sorang tapi dalam masa yang sama batin dah melalak ke Hollywood nak sangat tonton sebab kata orang rugi tak tengok filem arahan kelahiran anak Malaysia ni. Hah, ada yang tahu kan? Tak pasti siapa? Ok, semalam aku tengok filem "The Conjuring" arahan James Wan. Reaksi aku semalam sampai sekarang tak boleh nak habis fikir dan tinggalkan misteri tu. Hah, nampak tak permainan cerita dia? Haha.
Aku suka nak kongsikan apa yang aku rasa sewaktu tonton cerita tu. Sejujurnya, ia filem terbaik seram yang aku pernah tonton selama ni selepas cerita Sundal Bolong atau filem Indonesia dan Thailand sebelum ni. Walawei, cerita ini buat aku dengan 3 kawan aku yang lain tak boleh duduk diam dan suara sumbang mahram semua keluar dan lebih triller jeritan kawan aku tu lebih seram dari kesan bunyi dalam cerita aku tu. Aiseh, seriau tak hilang sampai sekarang.
The Conjuring menampilkan kelainan cerita pada aku dari segi kesan seram yang dia buat. Selalunya, cerita seram tak lekang lah daripada bunyi atau suara makhlus halus tu kan atau pun muka hodoh hantu tu tapi cerita ni cukuplah dengan kesan seram dengan bunyi ketukan pintu tanpa nampak pun sebarang lembaga tapi memang menakutkan. Part yang paling ever best la yang sampai sekarang tak boleh lupa adalah masa Christina atau mak budak dalam cerita tu cari anak dia yang disangkakan main sorok-sorok. Adegan tu tiba-tiba gelap gelita dan mak dia nyalakan mancis berulang kali, mata tak berhenti melilau dan sekali lagi dia nyalakan api mancis. Tiba-tiba nampak tangan lembaga keluar dan tepuk tangan belakang dia. Peh, sumpah terkejut nyahhh. Haha. Carut maki semua keluar da.
Ternyata, arahan James Wan tak menghampakan peminat horror dan juga aku kerana dia berjaya membuatkan penonton ketakutan bukan kerana imej hodoh lembaga yang jijik mahupun kesan bunyi yang over tetapi disebabkan gaya pengarahan dia yang memagnetkan kami dengan rumah tersebut dengan ketakutan yang maksima. Huh dan fuhh..
Next plan, aku nak tengok cerita seram berjudul 'Mama' dan 'Insidious' pula. Agak-agak boleh tak lawan cerita The Conjuring ni ek? Hurm, tak pe, next entry nanti aku review kan cerita yang bakal aku tonton nanti. Tapi, aku kena tengok masa aku juga nak layan cerita ni. Maklumlah, presentation dah nak dekat, nak hantar assigment lagi dengan kerja-kerja pengurusan. Mak aih, poning eden. Salah satu cara aku nak release tension aku ni dengan menonton filem2 ni. Baru aku dapat berfikir dan buat kerja dengan semangat dan tenang. Hehehe.
Ok lah guys, agak panjang aku memulas-mulaskan story kali ni. Dah lama kan tak menulis, so agak kepanjangan la karangannya. Hahaha. Maaf juga jika ada bahasa yang dirojakkan dan ditambah2 imbuhannya. As long u alls happy, me too happy and ever happy. Last word, nantikan entry akan datang berkenaan dengan projek teater aku akan datang dan review file seram akan datang. Ok darl, bye with love ! -The End-



I'm Zetty Izzati
Pencinta Seni Teater
Diploma Teknologi Seni Teater
7 May 1990
Love to writing
Anda tidak akan jadi penulis yang berjaya jika anda tidak menjadi pembaca terlebi dahulu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan