Rare tak tajuk tuh? Agak lama aku tak update story terbaru aku. Mungkin malas dan mungkin juga tiada line story nak cerita. Life must go on. Begitu juga aku. Dalam menempuh hari-hari yang baru dan semakin berlalu ini, aku sedang meniti alam keperitan di mana aku berhadapan dengan orang2 yang mulut PUAKA'. Haahh, puaka ni biasa cerita tempat berhantu tapi ini kisah 'hantu' yang mencari mangsa dan jadi zombie. *Eh apa aku melalut daaa..Hahaha.. Maksud aku, somebody yang mulut jahanam ni takkan lari dari kehidupan manusia biasa dan mangsanya selalunya orang2 yang tak berdaya ( means banyak menahan sabar ). Aku salah satu daripada mangsa itu.
Aku sekarang bekerja di suatu tempat yang menguji kesabaran dan ketabahan sebagai khalifah di bumi Allah ini. Kerja apa tu mungkin tak perlulah cerita, as long halal kan. Kerja tu pun sementara untuk aku cari duit sikit kan. So, dalam 2 bulan lebih dah aku kerja kat situ, then ok je kerja. Suasana kerja sedikit panas, daya tahan tubuh badan dan so far ok walaupun ianya agak mencabar bagi aku. Namun tak apa, demi mencari pengalaman dan rezeki, aku tabahkan diri dan hati. Lama kelamaan, aku sedang diuji dan kini aku diuji dengan umpatan someone di tempat kerja aku. Bagi namalah kan, Si LANG BUANA bukan nama sebenar, hahaha.. si LB ni perempuan la kan, kalau lelaki cam pelik juga kepoh ada ke? Ada tapi biasa perempuan la kan. Si LB ni depan aku punya lah baik tapi belakang aku, halamakkk, TERBAIKKKK gilerrrr ar perangai.
Dialah manusia paling teruk aku jumpa sebab hari-hari dia tak lengkap n tak sempurna kalau tak mengumpat tentang orang. Dia ni rapat gak dengan aku pada mulanya tapi mungkin rapat dengan aku ada udang di balik batu, dan di balik batu ada TANDUK SETAN dia. Hah, geram aku. Semua orang dia kata, semua orang bagi dia buruk, semua tak kena, semua tak baik, semua teruk, dia sorang laaaaa yang PERFERCT. LB yang SUPER PERFERCT, macam tak pernah buat salah dan dosa. Baru-baru ni, kawan-kawan kerja aku pecahkan lubang yang dia canang cerita aku sana sini. Esoknya kerja, aku tak tegur sampailah semalam. Dia mestilah pelik aku tak tegur dia dan dia pun cam tak beranilah kan nak tegur aku.
Hampir dua hari aku tak tegur dia. Bukan niat nak memutuskan silaturrahim tapi better tak bercakap dengan orang yang mulut BERDURI ni. Semalam aku menangis sebab dia cari pasal dengan aku. Aku tengah makan dalam bilik makan dan dia plak masuk lah nak potong seluar, tiba-tiba dia buang benang dalam makanan aku. Boleh tak korang bayangkan sekejap macam mana perasaan aku masa tu. Mesti korang kata, kalau aku dah perang mulut dah kan? Dalam hati masa tu, dah carut habis dah tapi aku bukan jenis manusia yang tak belajar manners and religious. Aku ada ilmu dan aku ada agama mak aku ajar jangan balas apa pun orang buat jahat dengan kita. Aku selalu pegang kata-kata tu tapi emosi aku tidak mampu terkawal lalu aku hanya mampu menangis. Ada beberapa kawan yang nampak dan menenangkan aku. Aku ni jenis yang lain sikit, tak tahu lah kenapa hati aku mudah sangat tersentuh dan cepat sangat emosi.
Aku tak mampu nak luahkan pada sesiapa sekarang, ramai yang sibuk kawan-kawan baik aku . Inilah cara aku, hanya mampu melempiaskan sakit pedih perit aku dalam blog ni. Aku tak mengharapkan orang yang baca tu simpati tapi kalau boleh titipkan doa kalia buat aku yang lemah ni. Sesesungguhnya aku manusia yang lemah lagi banyak belajar memerlukan doa serta sokongan kalian untuk aku bangkit. Semoga si LB tu diberikan hidayah oleh ALLAH dan sedar akan kesilapan dia. Ingatlah, kerana mulut, badan binasa kelak nanti makan diri. Doa aku untuk dia, semoga dia diberi magfirah oleh Allah hurrabi. Aku pun manusia yang tak sempurna tak lari dari buat salah silap tapi aku selalu muhasabah diri ini agar jadi manusia yang disukai oleh Allah mudah-mudahan, Amin Insyaallah.



I'm Zetty Izzati
Pencinta Seni Teater
Diploma Teknologi Seni Teater
7 May 1990
Love to writing
Anda tidak akan jadi penulis yang berjaya jika anda tidak menjadi pembaca terlebi dahulu