Kali ni aku update lagi entry baru. Kebelakangan ini, aku jadi agak pendiam, pasif dan terlalu banyak berfikir. Apa yang aku fikirkan, semuanya menyakitkan kepala aku akhirnya. Beku semuanya. Sampai nak update story baru dalam blog ni pun, aku jadi tak ada mood. Semalam, aku termenung. Lama. Tiba-tiba, berderai pula air mata. Banyak perkara rupanya telah aku lalui. Segala 'perasa' dah aku telan. Sekarang yang tinggal pada aku hanyalah kenangan. Aku hanya memiliki kenangannya sahaja. Semua orang yang datang dalam hidup aku cuma tinggalkan memori sahaja. Aku cuma ada 'memori'.
Kebanyakan orang yang pernah datang dalam hidup aku, hanya datang menyinggah 'dunia aku' sahaja. Kemudian, pergi meninggalkan aku. Senang masuk, senang juga pergi, keluar terus dari hidup aku. Mereka dah pun jauh. Ada yang sedang bahagia. Ada juga yang sedang menikmati hidup yang baru selepas meninggalkan aku. Aku tak menyalahkan mereka. Mereka berhak mendapat kebahagian mereka sendiri. Aku bahagia jika mereka juga bahagia. Senyum mereka membuat hati aku tak banyak, seba sedikit membuat aku rasa lapang. Mereka yang aku maksudkan bukanlah sahaja teman istimewa malah lebih istimewa iaitu kawan-kawan yang ada. Aku menyanjung kawan-kawanku lebih apa adanya. Tapi...Mereka mudah melupakan aku di kala tersenyum dan ketawa riang. Menangis saja sudah muncul apabila ada kesulitannya sahaja. Hati aku dicengkam rasa kecewa dan terkilan.
Tapi, tak mengapa. Apa jua yang kita rasa tidak bersifat kekal selamanya. Kecewa tidak untuk selamanya. Jika kita bersedih, kesedihan itu akan sampai ke akhirnya. Kebahagiaan juga begitu, hanya bersifat sementara. Semuanya sementara. Kebahagiaan yang disifatkan sebagai sementara pastinya kerana diuji dengan kesusahan dan kesulitan menghadapi dugaan. Untuk meraihnya kembali, kita perlu mencari jalan untuk menyelesaikannya. Jika tidak kuat, kebahagiaan yang dirasai seseorang itu mungkin akan lenyap dan akhirnya runtuh. Untuk membinanya kembali, tidak begitu senang dan perlu ada rancangan, persediaan, keyakinan dan kekuatan menempuhinya. Jika tidak, jangan pilih untuk hidup.
Semalam, aku agak susah untuk melelapkan mata. Kenangan sentiasa bertandang meskipun berkali-kali akal menendang untuk tidak aku mengingatinya. Yang indah itu sudahpun berlalu. Kehangatannya juga tidak terasa kerana semuanya jauh telah meninggalkan aku. Mimpi juga sukar direalitikan. Yang tinggal hanyalah rindu dari kejauhan. Mereka yang aku sayangi tiada lagi di depan mata aku. Semuanya dah jauh. Laralah lagi hati ini. Dugaan itu tidak terus berhenti , ianya terus datang dan pergi sehingga kita benar-benar berani dan sanggup menghadapinya meskipun ada yang tidak mahu, ianya akan terus menguji hati kita. Tabahkanlah hati.

Hati aku kesepian lagi kali keberapanya pun aku tak tahu. Ianya selalu. Aku biarkan sahaja. Kawan baru? Yang mana? Oh, lelaki yang aku ceritakan kat post yang lepas? Lelaki itu pun sama je. 'Hanya mengetuk tetapi takut untuk masuk' , dia tak betah. Senang datang dan pergi dalam hidup aku. Aku mengenalinya hanya seketika. Tuhan uji lagi hati aku. Kebanyakannya orang yang aku jumpa seakan tahu bermimpi tetapi tidak tahu makna dan erti yang sebenarnya perasaan atau rasa itu. Ada yang menganggapi cinta itu suatu kepuasan pada mereka. Ada juga sebagai keperluan dalam hidup mereka. Perlu tetapi cinta bukan sekadar untuk memenuhi permintaan hati tetapi juga ruang pada hati untuk mencintai dan dicintai.
Menyentuh tentang kepuasan. Ada cerita ingin aku kongsi dan luahkan rasa. Akhir zaman ni, kebanyakan lelaki yang aku kenal tak kiralah melalui laman sosial dan sebagainya *(lazimnya laman sosial lah kan) yang baru je kenal dengan perempuan, cukup mudah mengajak keluar. Hello, kenal pun tak sampai 5 minit, dah ajak keluar? Hai, manalah lelaki melayu macam 'Damak' dulu. Bukan tu aja, ajak webcam lah. Memang taklah kan. Apa perempuan sekarang dijadikan alat untuk 'keperluan' mereka? Haaaa..
Ada lagi, mesej pula berbaur tak senonoh. Berbaur unsur-unsur #$%*. Euuww.. Ajak tidur pun ada. Hai lelaki..Hanya mencari kepuasannya sahaja. Semuanya berlandaskan nafsu. Yang paling menakutkan aku, dalam satu laman sosial yang agak tertutup ni, ada agen yang menawarkan kerja yang memang pendapatannya lumayan dan lebih memeranjatkan, terang-terangan kata nak jadikan pelacur. Oh dunia.
Macam manalah hati ni tak bertambah-tambah sedih. Harapkan lelaki yang boleh membimbing tapi nampaknya perlu membimbing. Tak salah untuk membimbing. Sebelum ni pun masa aku bercinta, aku juga yang membimbing dorang. Tapi bila dah single balik ni, aku tak nak lagi menjadi pembimbing, aku nak dibimbing pula. Di zaman yang meniti ke akhirnya ini, susah sangat untuk aku menemukannya. Tak tahulah sama ada, mereka ini ada lagi atau dah pupus. Jangan marah bila aku kata pupus tapi kenyataannya..?? Tepuk apa ada, tanya minda..
Akhir rasa yang ada ini, aku hanya mampu meluahkan rasa ini di sini. Nasiblah siapa yang membacanya. Bukan simpati aku tagih, tetapi cukuplah dijadikan intipati dalam hidup kalian. Beringat sentiasa dan tidak melupakan diri kalian di mana letaknya sisi kita. Aku sangat menghargai kehidupan yang masih ada, bersyukur dengan udara yang ada, mungkin mereka yang telah pergi itu akan berjumpa dengan episod barunya pula. Begitu juga aku. Aku juga mungkin akan ditemukan lagi orang-orang baru episod baru seterusnya sebagai ranjau kehidupan aku. Walaupun rasa yang tertinggal sekarang hanya ada kerinduan, kesepian dan kesedihan, aku pasti Allah menyiapkan sesuatu buatku keesokan harinya.
Dalam hidup ini, dua benda yang kita sentiasa fikir dan kenang seharian. Tak percaya? 2 perkara itu adalah :
-------- > MASA SILAM DAN MASA DEPAN
Tak percaya, cuba fikir sejenak dan apa yang sedang korang fikirkan sekarang? Apa? Fikir tentang blog ni?? Hahaha..sekarang memanglah. Kejap lagi, mesti fikir nak buat apalah kan? Haaa..tepuk apa ada, buka mata.
Ada lagi DUA perkara yang secara tidak sedar datang tanpa terduga. Apa dia?
-------- > CINTA (JODOH) DAN MATI (AJAL)
Itu satu rahsia Allah yang tiada siapa pun tahu. Berdoalah sentiasa agar DIA merahmati dan merahmati hidup kita. Bersyukur apa adanya, jangan riak dan meninggi diri. Sedar akan kekuasaan-NYA, kita hanya makhluk kerdil yang mengharapkan rahmat-NYA.
Akhir kata, doa kalian minta ditinggalkan selepas membaca entry ini. Hati yang mulia datangnya dari jiwa yang bersih, optimis, positif dan sentiasa redha. Semoga kita semua mendapat keredhaan dari NYA dan semoga hati hamba ini tenang kerana Allah. Perbetulkan kembali niat kita. Niatlah segalanya bermula dengan kerana Allah. Mudah-mudahan, kita semua bertemu di satu pintu yang terpancar cahayanya memanggil kita. Insyaallah.