Hari semakin lama semakin membelakangi aku. Ternyata hari takkan menunggu aku mahupun engkau yang membaca tu. Tanpa aku sedari, penyakit yang lama bersarang ini masih lagi menjadi suatu kekangan untuk aku ke hadapan. Apakah penyakit itu? Mungkin ada yang kata, penyakit #'cinta la tuh'. Aiyoo, ketuk kepala tu nak??Hahaha..Ok, serius k..Aku mengidapi penyakit yang agak serius kata doktor. Depress. Owh, damn!
I will be dead! Tekanan perasaan yang agak kritikal. Kritikal ke? Jangan takut. Ianya biasa aje untuk takutkan korang yang membaca blog nie. Kui3. Eh, jangan marah. Serius2. Bagi orang yang mengenali aku dengan dekat pasti tahu masalah apa yang aku selalu hadapi. Aik, berkerut-kerut fikir ea? Hahaha..
Teman-teman yang tahu tu janganlah risaukan aku lagi ok. Insyaallah, aku boleh. Tekanan perasaan yang aku hadapi ini kecenderungan untuk aku hilang akal dan kewarasan. Aku boleh gila. Seteruk itu aku depress. Sememangnya masalah yang aku hadapi sudah berlalu namun doktor mengatakan aku sebenarnya masih dibayangi dan fobia trauma melekat-lekat di minda sampai aku sendiri tak boleh menyental daki luka tu. Ya, aku masih terluka. Walau tak berdarah, ianya menjadi parah kerana parut yang sebenarnya ada bakteria. Hah, amik kau, aku punya simile, personafikasi dah keluar.
Penyakit yang aku alami ni tak sebanding apa yang aku rasa. Tak terbayar ringgit dengan air mata yang terhabis untuk menangisi helah seseorang itu. Keluar lagi madah dah. Puas benar aku merawat dan kawan-kawan sampai sanggup menolong aku pergi berubat ke perubatan tradisonal. Kata diaorang, aku mungkin dibuat orang. Hurm. Aku tak mahu menuduh sesiapa mahupun menuding jari hantu pada orang yang seadanya betul ada berniat untuk buat begini. Waallahu'alam misawa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala rahsia dunia yang tersembunyi. Siapa aku untuk menghunus keris ke arah engkau, 'Abu Jahal'. Sungguh, aku tiada sebarang hak untuk menusuk 'perutmu' itu. Aku juga manusia dan dilahirkan juga bersama engkau yang membaca ini.
Aku sekarang 'dipulihkan' oleh sahabat-sahabat aku yang setia di sini bagai Saidina Ali dan Saidina Omar yang setia kepada Rasullah dan suruhanNya. Mereka sedang memulihkan aku dengan cara mengubah 'angin' aku ini. Aku dibawa bercuti bersama diaorang. Best juga. Dan malam ini aku akan mengikut mereka lagi bercuti ke Port Dickson. Ubah angin aku ini. Alhamdulilah, ianya serba sebanyak membantu aku daripada kesedihan. Aku tak boleh bersendirian walau seketika. Ianya kerana aku selalu didatangi perasaan hiba dan sedih yang teramat dek masalah silam aku tu. Aku mudah menangis. Ketawa sorang-sorang. Cakap pun boleh juga sorang-sorang. Itu semua disebabkan syaitan laknatullah yang mengganggu anak adam seperti aku. Lemah. Terlalu lemah dilemasi godaan syaitan. Kadangkala jadi penurut iblis itu. Akhirnya, aku ditertawakan sang durjana-durjana itu oleh kerana dapat melalaikan aku.
Namun begitu, aku bukan manusia yang setewas syaitan itu. Sepengecut dengan engkau! Aku masih bangun dan aku perjuangkan diri aku demi Allah. Aku tak mahu lagi menurut kata hati dek hasutan lalu menyungkurkan aku. Tak. Sesekali mungkin kau dapat tapi dengan iman yang bersisa di hati dan kuat untuk dipegang, tak semudahnya aku rapuh kerana itu. Kini, aku bersyukur kerana menghadapinya dengan tenang. Anak syaitan pun tak berani untuk menyingkap kain rumah aku. Dengan berkat doa-doa teman-teman, aku semakin dapat dipulihkan. Kata seorang teman," engkau sebenarnya kuat, Zetty cuma engkau terlalu mudah dipijak gajah." Aku faham maksudnya itu. Berkias-kias dalam erti kata untuk aku senang memahaminya. Berhias dalam berkias, ternyata ikhlas. Terima kasih sahabatku. Terima kasih Allah.







I'm Zetty Izzati
Pencinta Seni Teater
Diploma Teknologi Seni Teater
7 May 1990
Love to writing
Anda tidak akan jadi penulis yang berjaya jika anda tidak menjadi pembaca terlebi dahulu