Lama betul tak menangis. Hari ini aku menangis secara tiba-tiba. Kenapa? Rasa hebat sangat dengan perasaan ni sekarang. Aku tersedar bahawa aku sekarang keseorangan. Keseorangan bukan bermaksud tidak berpasangan. Bukan itu. Keseorangan membuat final project ni. Baru hari ni aku sedar diri. Keseorangan sekarang di studio tari dengan hati yang beku dan mata? Mata yang memandang hanya menerima tetapi hati di dalamnya? Sungguh sakit rasa ini sekarang.
Aku cuba kuatkan hati ini. Sedar diri dengan kekurangan yang ada. Terasa hati? Kecil hati? Hurm, tak tahulah. Tak apalah. Aku kena sedar yang aku kena terima ujian ni. Aku kena kuatkan hati ini meskipun sukar untuk aku menahan dan menolaknya. Aku kena terima bila bersendiri dalam menghadapi semua ujian ni. Zetty, kau kena kuatkan diri untuk diri kau, kalau tak macam mana kau nak kuatkan orang lain. Sabarlah hati. Jangan diikutkan perasaan sedih ni. Tinggallah aku dengan hati yang pedih bersama keperitan.
Sabarlah hati. Terimalah dengan hati yang terbuka. Dengan izin Allah, kau boleh buat mudah-mudahan. Maafkan aku. Aku hanya insan yang cepat berperasaan. Tak mampu aku menahan di hati ini meskipun tak siapa tahu. Pandai-pandailah aku bawak diri yang lara ni. Doakan semoga aku tabah hadapi semua ni, amin.
Khamis, 5 September 2013
Langgan:
Ulasan (Atom)



I'm Zetty Izzati
Pencinta Seni Teater
Diploma Teknologi Seni Teater
7 May 1990
Love to writing
Anda tidak akan jadi penulis yang berjaya jika anda tidak menjadi pembaca terlebi dahulu