Bosan
Nak keluar jalan2 weyyh..

Khamis, 5 September 2013

Feeling Great with Lonely

Lama betul tak menangis. Hari ini aku menangis secara tiba-tiba. Kenapa?  Rasa hebat sangat dengan perasaan ni sekarang. Aku tersedar bahawa aku sekarang keseorangan. Keseorangan bukan bermaksud tidak berpasangan. Bukan itu. Keseorangan membuat final project ni. Baru hari ni aku sedar diri. Keseorangan sekarang di studio tari dengan hati yang beku dan mata? Mata yang memandang hanya menerima tetapi hati di dalamnya? Sungguh sakit rasa ini sekarang. 

Aku cuba kuatkan hati ini. Sedar diri dengan kekurangan yang ada. Terasa hati? Kecil hati? Hurm, tak tahulah. Tak apalah. Aku kena sedar yang aku kena terima ujian ni. Aku kena kuatkan hati ini meskipun sukar untuk aku menahan dan menolaknya. Aku kena terima bila bersendiri dalam menghadapi semua ujian ni. Zetty, kau kena kuatkan diri untuk diri kau, kalau tak macam mana kau nak kuatkan orang lain. Sabarlah hati. Jangan diikutkan perasaan sedih ni. Tinggallah aku dengan hati yang pedih bersama keperitan.

Sabarlah hati. Terimalah dengan hati yang terbuka. Dengan izin Allah, kau boleh buat mudah-mudahan. Maafkan aku. Aku hanya insan yang cepat berperasaan. Tak mampu aku menahan di hati ini meskipun tak siapa tahu.  Pandai-pandailah aku bawak diri yang lara ni. Doakan semoga aku tabah hadapi semua ni, amin.

Khamis, 29 Ogos 2013

My New Life and Z for Zetty

Dear diary, fuh lama tak update apa-apa kan kat sini? Cukup lama tak menulis. Otak pun beku, tangan pun kejung, eh banyak la yang beku. Sekarang dan lepas ni, aku nak jadi orang yang rajin menulis dan bukan setakat tahu baca entry orang je. Aku baru sedar bahawa dengan menulis ni akan membuatkan otak kita lebih berkembang dan meluas. Yelah, dengan menulis, kita dapat keluarkan pendapat sendiri, kritik apa saja dan beritahu apa saja yang berlaku pada masa sekarang ni. But before ni, aku agak sibuk dengan study aku.

Eh, study? Hah, ada yang pelik aku study lagi? Hah, pada yang kenal aku dengan dekat tu tahulah aku sambung study and malas nak cerita lebih. So, baca je perkembangan aku melalui entry2 aku seterusnya nanti. Now, aku kat Melaka dan sedang meneruskan perjuangan aku yang belum berkesudahan bersama Seni dan Teater aku tu. Cerita pasal teater pula, sekarang on the way project teater yang maybe akan dipentaskan awal bulan 11. Skrip dah dipilih dan tajuknya adalahhhhhhhh.....

Nanti dululah bagitahu. Hehehe..Tak suprise la bagitahu awal-awal. Apa yang aku boleh bagitahu sekarang adalah minggu depan aku present project theater ni dan if approved je, hah nanti boleh cek habaq kat hangpa semua lol. This week, banyak program dan task. Minggu ni agak sibuk dengan pertandingan sketsa anjuran Kementerian Perdagangan. Aku ketua kumpulan je tak join berlakon just pimpin terpimpin dipimpin dan memimpin. Eh, hahaha. Yang berlakon sketsa budak junior teater semester 1 dan 2. Pertandingan tu tak lama je lagi bulan 9 ni je. 

Selain tu, minggu ni aku memang agak serabut dengan proses kerja teater aku akan datang ni. Manakan tidaknya, aku sorang nak buat semua kerja ni. Adeh, tapi tak apalah. Kali ni kerja-kerja yang sukar ni pada aku jadi mudah dan cepat bila aku buat sorang. Sebab? Sebab semua keputusan terletak pada aku sorang je. Aku tak payah nak bergaduh dengan orang lain cerita apa aku nak buat, set apa, prop apa, nak buat kat mana semua. Semua aku decide sendiri. So, I'm very happy girl now because kuat tak kuat, malas tak malas, buat tak buat semua aku je yang kena. Sekarang, aku kena cari Zetty yang kuat dan kental pada suatu masa dulu. Hurm, tiba-tiba rasa sayu hati pula. Sayu hati sebab teringat zaman 'kejatuhan' aku dulu. Wake up, Zetty and I'm stand here now. Tak perlu rasanya nak kenang kan.

Oh ya, pada yang rasa kenapa aku buat sorang-sorang pula? Tak de yang tolong ke? Eh gila, aku nak buat semua tu sorang-sorang? Yang sorang-sorang tu dari segi penilaian aku je laa. Aku memilih bahagian pengarahan untuk dinilai. Wow, serius takut. Ada yang wow, bestnya ambil directing. Nah, best lah sangat kan bila semua benda kita yang nak kena tetapkan. Oh, memang pening sangat bila fikir tapi must cool la kan. Gemuruh and gugup tu mestilah ada. Aku tak perlu takut sangat kerana aku masih ada sahabat-sahabat, adik-adik dan si dia yang sentiasa back up me. Untuk show aku ni pun, semua masih sudi hulurkan bantuan. Terharu sangat. 

Apa yang paling penting sekarang adalah FOKUS. Aku kena betul-betul fokus dan serius sebab masa ini saja yang aku ada. Nak atau tak, aku kena juga langgar. Langgar tu tak bermaksud main langgar tak tengok, langgar tu kena la bercara. Wah, bercara pula. Hahaha. Apa saja la aku ni kan. Mimpi tu jangan tahu sampai ke bintang je kan? Apa kata kita cari cara nak pergi ke sana. Aku sedar pada masa sekarang ni zaman yang agak menyakitkan. Cukup sakit. Kenapa? Rasanya semua orang ada jawapannya kan.

Sebenarnya, aku agak takut bila hidup di zaman ini, abad ini, hari ini dan pada saat ini. Kehidupan sekarang tak seindah yang korang rasakan. Kehidupan sekarang tak banyak melalui fasa-fasa kesusahan, al-maklumlah sekarang zaman bertamadun ni berselirat dengan kecanggihan teknologi. Sekarang nak apa dah mudah, cepat dan instant (segera). Jika aku diberikan satu je kuasa yang memberi peluang untuk aku memenuhi kehendak hati ini, aku akan pilih untuk bertukar!! Bertukar jadi power rangers ke? Hahaha, bukan lerr. Aku nak tukarkan zaman sekarang ke zaman 1990 dulu. Zaman tu la penuh dengan magisnya yang tersendiri. Teringat waktu-waktu susahnya hidup meskipun aku baru hidup di zaman tu.

Berbeza sekali dengan zaman sekarang. Ramai orang akan tanya macam ni, "Kak, ada id we chat tak? Ada istagram tak? kakoo talk la eh macam-macam lagi la. Zaman sekarang semua orang aku tengok berebut-rebut nak maju, upgrade gajet baru, handphone janganlah cakap. Sekarang handphone mak aih bosar gajoh laa. Tak sah kalau tak guna tab, i phone dan banyak lagi la. Tapi aku tak salahkan zaman dan teknologi itu. Kita semua dah jadi manusia yan sebahagian daripada manusia bertamadun. Hidup dengan ilmu-ilmu yang sebantal dengan minda, teknologi yang semakin sebati dengan diri masing-masing. 

Cuma apa yang menyakitkan mata dan jiwa ini adalah 'penyakit' dan 'virus' tu. Budak-budak zaman sekarang cukup obses dengan sesuatu yang baru dan mahukan dengan rasa tak nak dikatakan ketinggalan zamanlah apa lah. Mungkin dengan cara ni, orang akan pandang dia wahh, up to date nya dia ni dan lebih tepat lagi orang akan cakap dia HOT. Itu yang aku nampak sekarang. Ramai berebut nak jadi ARTIS.  No wonder lah kan banyak sangat kes-kes berlaku seiring dengan kemajuan teknologi zaman ini. Apa pun, aku tak nak bahas terlalu lama tentang penyakit ni, aku takut orang labelkan aku sebagai orang yang mundur dan tak mahu menerima sesuatu perubahan itu. 

Hello, apa yang korang rasa baik untuk diri sendiri, pilih untuk diri sendiri dan jangan menipu diri sendiri semata-mata nak diri tu melebihi luar daripada kemampuan. Paling penting, jadi diri sendiri dan jangan hipokrit dengan diri sendiri. Ukur baju juga di badan sendiri, if mampu upgrade dengan duit yang banyak ( bukan duit mak ayah), nak pakai tabs besar TV pun tak de hal la. Jangan jadi macam sorang member aku ni, beli tabs mahal-mahal, nak makan tak de duit last-last minta simpati orang. Huh, acaner tuh? 

Ok, tutuplah cerita tu. Nanti aku kena aim pula. Haha, eh blog aku kan. Aku punya sukalah. Tak suka, p baca blog orang lain la ea. Huhu. -The End-

Eh, belum lagi. Semalam aku berkesempatan menonton filem seram yang pastinya aku memang penakut dan tengok sorang-sorang tapi dalam masa yang sama batin dah melalak ke Hollywood nak sangat tonton sebab kata orang rugi tak tengok filem arahan kelahiran anak Malaysia ni. Hah, ada yang tahu kan? Tak pasti siapa? Ok, semalam aku tengok filem "The Conjuring" arahan James Wan. Reaksi aku semalam sampai sekarang tak boleh nak habis fikir dan tinggalkan misteri tu. Hah, nampak tak permainan cerita dia? Haha.

Aku suka nak kongsikan apa yang aku rasa sewaktu tonton cerita tu. Sejujurnya, ia filem terbaik seram yang aku pernah tonton selama ni selepas cerita Sundal Bolong atau filem Indonesia dan Thailand sebelum ni. Walawei, cerita ini buat aku dengan 3 kawan aku yang lain tak boleh duduk diam dan suara sumbang mahram semua keluar dan lebih triller jeritan kawan aku tu lebih seram dari kesan bunyi dalam cerita aku tu. Aiseh, seriau tak hilang sampai sekarang. 

The Conjuring menampilkan kelainan cerita pada aku dari segi kesan seram yang dia buat. Selalunya, cerita seram tak lekang lah daripada bunyi atau suara makhlus halus tu kan atau pun muka hodoh hantu tu tapi cerita ni cukuplah dengan kesan seram dengan bunyi ketukan pintu tanpa nampak pun sebarang lembaga tapi memang menakutkan. Part yang paling ever best la yang sampai sekarang tak boleh lupa adalah masa Christina atau mak budak dalam cerita tu cari anak dia yang disangkakan main sorok-sorok.  Adegan tu tiba-tiba gelap gelita dan mak dia nyalakan mancis berulang kali, mata tak berhenti melilau dan sekali lagi dia nyalakan api mancis. Tiba-tiba nampak tangan lembaga keluar dan tepuk tangan belakang dia. Peh, sumpah terkejut nyahhh. Haha. Carut maki semua keluar da.

Ternyata, arahan James Wan tak menghampakan peminat horror dan juga aku kerana dia berjaya membuatkan penonton ketakutan bukan kerana imej hodoh lembaga yang jijik mahupun kesan bunyi yang over tetapi disebabkan gaya pengarahan dia yang memagnetkan kami dengan rumah tersebut dengan ketakutan yang maksima. Huh dan fuhh..

Next plan, aku nak tengok cerita seram berjudul 'Mama' dan 'Insidious' pula. Agak-agak boleh tak lawan cerita The Conjuring ni ek? Hurm, tak pe, next entry nanti aku review kan cerita yang bakal aku tonton nanti. Tapi, aku kena tengok masa aku juga nak layan cerita ni. Maklumlah, presentation dah nak dekat, nak hantar assigment lagi dengan kerja-kerja pengurusan. Mak aih, poning eden. Salah satu cara aku nak release tension aku ni dengan menonton filem2 ni. Baru aku dapat berfikir dan buat kerja dengan semangat dan tenang. Hehehe.

Ok lah guys, agak panjang aku memulas-mulaskan story kali ni. Dah lama kan tak menulis, so agak kepanjangan la karangannya. Hahaha. Maaf juga jika ada bahasa yang dirojakkan dan ditambah2 imbuhannya. As long u alls happy, me too happy and ever happy. Last word, nantikan entry akan datang berkenaan dengan projek teater aku akan datang dan review file seram akan datang. Ok darl, bye with love ! -The End-

Selasa, 18 Jun 2013

Rasa ini Rasaku..

         Malam yang cukup dingin sekali hari ini. Begitu juga dengan perasaan ini. Tidak ku tahu bagaimana hendak ku luahkan rasa ini. Menulis sajalah cara kedua selepas meluahkan rasa ke pada Tuhan yang satu. Aku tak tahu ini ujian yang ke berapa kalinya. Aku sendiri mengomel sendirian tentang perasaan yang aku sendiri tidak mengerti namun pasti ianya didalamnya. Selalu aku bertanya, mengapa tersimpan di dalam? Mengapa tidak di luar? Di luar pasti ramai yang nampak.. Nampak? Jika dapat melihat, adakah manusia melihatnya dengan mata atau hati atau keduanya? Ciptaan tuhan terlalu istimewa dan kebesarannya amat mengangumkan setiap insan yang merasainya. 

             Ya Allah, air mata ini sukar sungguh dipisahkan dari perasaaan wanita. Kesedihan ini kadangkala menjadi suatu keindahan abadi yang tidak dapat sang adam merasainya. Aku cuba belajar untuk bersangka baik namun semakin lama hati ini 'membatu'. Tak faham? Memang tak faham sebab rasa ini rasaku. Aku tak dapat meluahkan rasa kepada si dia kerana kami dekat tapi tak selalu jumpa. Apakan daya, aku sudah memahami keadaan dia yang selalu sibuk dan aku...kadangkala agak rasa terpinggir. Aku kuatkan lagi hati ini. Aku begitu takut akan sesuatu, Sesuatu yang pernah menjadi sejarah dalam percintaan aku dahulu.

              Dulu, bekas kekasih-kekasih lama menyia-yiakan aku. Masa mula nak mendapatkan aku cukup manis berbicara, apa saja dilakukan demi aku. Setelah sayang, mereka kata sibuk hinggakan aku cuba bersabar, menunggu dan menanti. Seminnggu tak mesej, seminggu tak telefon dan akhirnya buat keputusan untuk putus kerana katanya bercinta tidak dapat tumpukan pada kerjaya. Pada masa tu, tuhan sajalah tahu betapa rapuhnya perasaan itu. Setelah setahun dari itu, dia mencari aku dengan membawa harapan. Harapan itu adalah harapan untu membina semula hubungan itu dan merayu kembali pada aku agar aku terima kembali. Pada waktu itu, aku sudah pun berpunya. Dia menginginkan peluang kedua dan aku tanya mengapa. Jawapannya, akibat dia memutuskan aku, perniagaannya muflis dan katanya dia takkan jumpa perempuan yang serupa sepertiku lagi jika mencari satu dunia sekalipun. 

             Kata-kata tu sudah tidak memberi apa-apa kesan padaku kerana sudah setahun dia pergi dan secara tiba-tiba datang untuk kembali bersamanya. Aku ni terasa seperti boneka yang pada mulanya disayang, bila jemu buang dan nak, ambil balik. Tapi kenapa aku dijadikan seperti itu? Apa salah aku pada mereka? Aku belajar mencintai dan aku cuma menyayangi orang yang menyayangi aku tapi akhirnya...

             Kepada yang baca blog ni, aku tidak bermaksud untuk mengenang kisah lama tetapi sekadar berkongsi rasa yang aku sentiasa dapat. Sekarang, aku sedang mencintai orang lain. Pertama kalinya, dia ini orang yang jauh lebih tua dari aku. Orangnya sememangnya terlalu matang kerana dia pun lingkungan 30-an. Semestinya dia istimewa pada aku. Tuhan mempertemukan kami secara tidak langsung. Pada ketika itu, aku langsung tidak memikirkan soal cinta dek kerana hati sudah banyak kali terluka. Ramai yang cuba tetapi yang terpilih adalah dia. SubhanaALLAH, indah perasaan aku pada ketika itu.

               Apa saja tentangnya aku ingat walaupun ada yang dia tidak ingat bila aku tanya. Tapi tak mengapa, itu tak jadi isu kerana aku faham sikap dan mentaliti lelaki. Aku suka dia kerana dia seorang yang lain dari lain. Orangnya berbudi bahasa, tinggi budi pekerti dan kemelayuan yang tinggi menjadi sebab yayag kuat aku jatuh hati padanya. Mengimbau kembali saat dahulu sememangnya sangat-sangat indah. Gambaran itu dapat terlukis di bayangan minda. 

                 Dia matang tetapi dia tidak sedar kelemahan yang dia ada apabila bercinta. Dahulu, kami sering berbincang apabila bertikam lidah tetapi sekarang dia agak  kurang mengendahkan perasaan ini. Aku tak salahkan dia tetapi aku sedar bahawa dia sibuk dengan urusan niaga dan urusan majlis perkahwinan adik dia tak lama lagi. Aku sunyi lagi. Tak mengapa. Aku biarkan sahaja dia bersama urusannya. Dan tentang perasaan ini, selagi aku mampu menutupnya, aku pendamkan sahaja di hati. Paling tidak pun, air mata sudah setia menjadi peneman sejati. Itu yang termampu aku luahkan. 

                Aku juga sedar akan diri ini yang banyak kekurangan hinggakan aku tidak dapat melelapkan mata kerana fikirkan apakah salahku. Astagfiruallah, maafkan hati ini. Sesungguhnya rasa ini bukan rasamu tetapi rasaku. Maafkan aku jika aku menyulitkan fikiranmu. Aku cuma manusia biasa yang terlahir dengan perasaan sederhana ingin disayangi, dicintai, dihargai dan dikasihi orang-orang yang aku sayang. Maafkan aku. Ya Allah, kuatkan hati hambamu ini agar dapat berdiri dan bertahan dengan setiap ujian yang kau turunkan. Semoga KAU berikan aku senyuman hingga ke SANA, insyaallah. Amin.

Khamis, 18 April 2013

Melakar Cinta di Pintu Syurga

Assalamualaikum w.b.t. Segala puji ku panjatkan kepada-NYA. Alhamdulilah, aku masih diberi kesempatan menghirup udara indah pagi Khamis ini dan syukur juga aku masih bisa sempat menulis entry dalam blog ni. Dah lama aku tak tengok blog ni. Kali terakhir pun, masa aku delete post blog aku minggu lalu. Eh, kenapa delete? Huu, actually, delete post tu untuk suatu kebaikan aku dan dia. Tak faham? Memang sengaja bagi tak faham. Maaf ye, Mr. R, kalau i story hal yang mungkin u anggap peribadi. I ada sesuatu nak u tahu. U nak tahu? U terus baca je, ok. 

Kadangkala, ada benda yang kita simpan di dalam hati tak dapat terluahkan melalui kata-kata dan juga bertentangan mata. Apabila bertentang mata, semuanya jadi kedu, kelu, malu, sipu dan boleh jadi juga tak jadi nak cakap apa yang terbuku dalam hati ini kan. Oleh itu, ianya terluahkan melalui media sosial ini iaitu blog. Tapi orang lelaki ni KADANG-KADANG salah sangka, diaorang ni cukup tak suka hal peribadi di'pertonton' umum. Diaorang ingat kita nak jaja kisah hubungan yang bermasalah dan sebagainya. 

Tetapi sebenarnya, emosi seorang perempuan itu apabila dia tak dapat luahkan apa yang dia nak katakan, inilah caranya dia nak memberitahu apa yang dia rasakan supaya si  dia lebih kenal dan faham hati perempuan itu. Dalam hubungan percintaan, selalunya kita didatangi dengan cubaan dan dugaan. Cubaan dan dugaan itulah menjadi punca masalahnya. Biasanya, prasangka dan salah sangka. Itu faktor paling dominan yang biasa sangat berlaku. Begitu juga lah masalah yang aku dan dia hadapi lebih-lebih lagi kami jarang bertemu. Ada saja hal yang berbangkit dan juga emosi dipukul rasa tertekan.

Kelemahan bagi orang perempuan apabila sesuatu masalah itu dipendam dan tidak dibincangkan masalah itu dengan cepat dan baik, ia cepat menjadi 'ketumbuhan' dalam hati dan otak wanita ibarat mendapat penyakit tidak diubati maka ianya akan jadi penyakit yang semakin serius dan akhirnya menemukan 'jalan mati'. Hal itulah yang minta dijauhkan dari pemikiran wanita. Kelemahan kedua yang tak dapat dipisahkan dari jiwa raga wanita adalah air mata. Itu yang sakit sangat. Bagi wanita, aku pasti mereka pernah merasakan sakitnya apabila ditimpa masalah apatah lagi musibah besar yang sukar bagi mereka lalui, cara terbaik melepaskan tekanan adalah air mata. 

Aku suka baca satu entry tentang wanita dari kunjungan blog ke blog. Aku ingin sekali berkongsi apa yang dia kongsikan melalui blognya. Entry nya bertajuk, KENAPA WANITA MENGALIRKAN AIR MATANYA? -->

*Satu kekhususan yang Allah beri kepada wanita kerana wanita boleh menumpahkan perasaannya bila mereka memerlukannya. Bukan sebuah kelemahan ketika wanita menangis tapi air mata itu adalah sebuah air mata KEHIDUPAN.*

Aku ambil itu sebagai satu semangat untuk diri aku dan beri kata-kata itu kepada lelaki sebagai suatu ilmu yang patut disimpan bukan sahaja tahu baca then buang dari minda mereka. Itu kelemahan lelaki. Mereka tidak suka menyimpan apa yang dirasakan tidak penting di dalam otak mereka, mereka ambil kemudian apa yang penting dan perlu sahaja mereka simpan. Peratus otak lelaki dan perempuan boleh dibanding melalui satu kajian yang aku baca  : 

Perempuan terlalu sensitif sehingga tidak dapat menahan sikap rasionalnya ?

Sedar ataupun tidak, perempuan lebih banyak berkomunikasi dengan perasaan berbanding kaum lelaki. Kajian yang dilakukan oleh seorang neurologi dari University of Pennsylvania, Professor Ruben Gur mendapati, 70 peratus tenaga yang digunakan dalam otak lelaki akan berhenti ketika dalam keadaan istirehat. Sedangkan otak wanita, 90 peratus tenaganya akan tetap berkerja. Ia membuatkan wanita cepat sensitif dan dapat berfikir rasional dalam suatu waktu yang sama.

Hal sedemikianlah yang menyebabkan perasaan seorang wanita lebih peka. Allah menciptakan kaum hawa dengan 9 perasaan 1 akal, maka mereka selalu mengutamakan perasaanya dahulu dalam menghadapi sebuah permasalahan. Bila saja sebak, air mata itu mudah mengalir. Bukan kerana lemah, tetapi air mata ini dapat membantu merembeskan rasa yang berbaur campur dengan kepedihan yang dialaminya. Selama mana dia menangis, selama itulah dia menahan kepayahan menanggung beban hatinya. Itu jugalah yang aku alami pada minggu lalu. Tak tertanggung perasaan yang aku bawa, air mata yang keluar itulah yang membawa pergi beban hati itu.

'Allah menciptakan wanita dengan kekuatan untuk bertahan, ketika yang lain menyerah dan putus asa pada keadaan kerana mereka yakin akan sebuah harapan.'




Kenyataan di atas ini bukanlah untuk membanding-bandingkan lelaki dan perempuan. Lelaki juga ada kelebihan dan keistimewaan yang perempuan mungkin tidak tahu. Walaubagaimanapun, hati perempuan sentiasa berusaha menyelami perasaan mereka ini hingga ada yang berkali-kali mengalah walaupun lelaki yang memulakannya dahulu. Ops, jangan marah dulu, bukan semua pasangan dan lelaki sebegitu tapi ADA dan SESETENGAH. Hal ini MUNGKIN kerana wanita itu begitu takut kehilangan orang yang dicintainya. Itu kena TAKE NOTE wahai KAUM ADAM. 

Kelebihan orang lelaki pula adalah memujuk dengan kata-kata yang baik, belaian pada sentuhannya, cara dia memandang wanita yang dikasihinya. Romantis pada wajah dan perlakuannya mampu meruntun perasaan wanita yang keras. Lelaki diciptakan untuk MELINDUNG kaum hawa dan wanita dicipta untuk MENJUNJUNG martabat kaum Adam. Lengkap-melengkapi sesama sendiri. Bahawasanya,itulah fungsi manusia untuk dunia ini. Masya-ALLAH, segala puji-pujian untuk-MU.

Wanita dikatakan dicipta dari tulang rusuk lelaki, jika pemilik rusuk sudah bertemu dengannya semestilah tugas sebuah tulang rusuk untuk melindungi jantung dan hati agar ianya selamat dan tidak tercedera kan? Itu jika jodoh sudah ditentukan dari DIA. Aku sedar jika tuhan tidak berkehendakkan aku dengan dia, maka ia bukanlah jodoh kami. Cuma aku sentiasa berusaha untuk mempertahankan rancangan hati antara dua insan, selebihnya RESTU datang dari ENGKAU, tawakal dan redha dengan apa jua KETENTUAN-MU.

Bercerita tentang jodoh juga menyedarkan bahawasanya kita sentiasa perlu belajar dan cari erti kehidupan sebenar. Perjalanan hidup aku yang menempuh satu tahap ke satu tahap di mana kegagalan bercinta pada masa lalu yang dijadikan pengajaran buat masa sekarang. Aku tak tahu apa lagi cabaran yang menjengah dan menjenguk sebentar lagi. Rumit atau bertambah rumit. Takut untuk berhadapannya tetapi kena juga kuatkan hati untuk satu tujuan ke JALAN-MU. 

Sebenarnya, aku cukup bersyukur kerana dipilih untuk merentasi ujian berat dari-MU. Semua ini menjadikan aku wanita yang kuat, cekal, tabah hadapinya tanpa iman yang alhamdulilah tidak tersisa. Wanita yang kuat adalah wanita dengan imannya. 

"Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”. (Al-Hadith)

Oleh kerana itulah wahai ikhwan jadikan jangan kau siakan wanita. Ingatlah kau juga dilahirkan dari rahim ibumu yang juga seorang wanita, jika kau melukai hati wanita itu sama halnya kau lukai hati ibumu.

Jadi, lelaki dan wanita ada kelebihan dan kekurangannya juga. Itulah sebab kita dijadikan supaya dapat melengkapi antara satu sama lain. Segala amalan yang kita lakukan tetap dibalas walau sebesar zarah.


Maafkan hati jika hati kami ini melampaui batas hingga ada mencalarkan hatimu, wahai IKHWAN. Sungguh hati ini ingin disatukan dengan hatimu tetapi jika tidak terdaya lagi, apalah lagi yang kami boleh lakukan lagi melainkan REDHA dan PASRAH. Aku tahu engkau sentiasa ingin aku sihat, baik, berjaya dan solehah. Begitu juga diri ini yang sentiasa inginkan kau tersenyum. Itu sudah memadai buat hati seorang wanita. Senyuman itu yang lebih membawa kebahagiaan di dalam hati ini. Apabila engkau membuat aku pula tersenyum, maka aku berusaha untuk menjaga hatimu supaya tidak tercalar. Maafkan hati ini juga jika sepanjang perhubungan kita, ada yang membuatmu tersinggung, membuatmu terbeban di hati dan fikiranmu. Aku sedaya upaya menyelami nalurimu sebagai seorang lelaki yang istimewa di hatiku kerana sikap penyayangmu. Jangan terlalu bersedih dengan kepergian orang tuamu kerana sesungguhnya tuhan juga menyediakan sesuatu yang indah buatmu dan sedang menguji kamu dalam kemampuanmu meneruskan perjuangan hidup ini. Aku tahu kamu juga kuat hatinya dan selalu  menguatkan hatimu untuk dirimu sendiri serta orang-orang kamu cintai disekelilingmu. Aku sentiasa menyokong dan mendukung perjuangan hidupmu. Jadikan masalah dan ujian itu sebagai satu cara untuk kita mencari jalan keluar, jalan penyelesaian dalam melakar cinta di pintu syurga. Insya-ALLAH, semoga hati kita dipermudahkan olehnya untuk bersatu. Amin.


Isnin, 25 Februari 2013

Kerana PULUT, ada SANTANnya dan kerana MULUT, badan BINASA

Rare tak tajuk tuh? Agak lama aku tak update story terbaru aku. Mungkin malas dan mungkin juga tiada line story nak cerita. Life must go on. Begitu juga aku. Dalam menempuh hari-hari yang baru dan semakin berlalu ini, aku sedang meniti alam keperitan di mana aku berhadapan dengan orang2 yang mulut PUAKA'. Haahh, puaka ni biasa cerita tempat berhantu tapi ini kisah 'hantu' yang mencari mangsa dan jadi zombie. *Eh apa aku melalut daaa..Hahaha.. Maksud aku, somebody yang mulut jahanam ni takkan lari dari kehidupan manusia biasa dan mangsanya selalunya orang2 yang tak berdaya ( means banyak menahan sabar ). Aku salah satu daripada mangsa itu.

Aku sekarang bekerja di suatu tempat yang menguji kesabaran dan ketabahan sebagai khalifah di bumi Allah ini. Kerja apa tu mungkin tak perlulah cerita, as long halal kan. Kerja tu pun sementara untuk aku cari duit sikit kan. So, dalam 2 bulan lebih dah aku kerja kat situ, then ok je kerja. Suasana kerja sedikit panas, daya tahan tubuh badan dan so far ok walaupun ianya agak mencabar bagi aku. Namun tak apa, demi mencari pengalaman dan rezeki, aku tabahkan diri dan hati. Lama kelamaan, aku sedang diuji dan kini aku diuji dengan umpatan someone di tempat kerja aku. Bagi namalah kan, Si LANG BUANA bukan nama sebenar, hahaha.. si LB ni perempuan la kan, kalau lelaki cam pelik juga kepoh ada ke? Ada tapi biasa perempuan la kan. Si LB ni depan aku punya lah baik tapi belakang aku, halamakkk, TERBAIKKKK gilerrrr ar perangai.

Dialah manusia paling teruk aku jumpa sebab hari-hari dia tak lengkap n tak sempurna kalau tak mengumpat tentang orang. Dia ni rapat gak dengan aku pada mulanya tapi mungkin rapat dengan aku ada udang di balik batu, dan di balik batu ada TANDUK SETAN dia. Hah, geram aku. Semua orang dia kata, semua orang bagi dia buruk, semua tak kena, semua tak baik, semua teruk, dia sorang laaaaa yang PERFERCT. LB yang SUPER PERFERCT, macam tak pernah buat salah dan dosa. Baru-baru ni, kawan-kawan kerja aku pecahkan lubang yang dia  canang cerita aku sana sini. Esoknya kerja, aku tak tegur sampailah semalam. Dia mestilah pelik aku tak tegur dia dan dia pun cam tak beranilah kan nak tegur aku.

Hampir dua hari aku tak tegur dia. Bukan niat nak memutuskan silaturrahim tapi better tak bercakap dengan orang yang mulut BERDURI ni. Semalam aku menangis sebab dia cari pasal dengan aku. Aku tengah makan dalam bilik makan dan dia plak masuk lah nak potong seluar, tiba-tiba dia buang benang dalam makanan aku. Boleh tak korang bayangkan sekejap macam mana perasaan aku masa tu. Mesti korang kata, kalau aku dah perang mulut dah kan?  Dalam hati masa tu, dah carut habis dah tapi aku bukan jenis manusia yang tak belajar manners and religious. Aku ada ilmu dan aku ada agama mak aku ajar jangan balas apa pun orang buat jahat dengan kita. Aku selalu pegang kata-kata tu tapi emosi aku tidak mampu terkawal lalu aku hanya mampu menangis. Ada beberapa kawan yang nampak dan menenangkan aku. Aku ni jenis yang lain sikit, tak tahu lah kenapa hati aku mudah sangat tersentuh dan cepat sangat emosi.

Aku tak mampu nak luahkan pada sesiapa sekarang, ramai yang sibuk kawan-kawan baik aku . Inilah cara aku, hanya mampu melempiaskan sakit pedih perit aku dalam blog ni. Aku tak mengharapkan orang yang baca tu simpati tapi kalau boleh titipkan doa kalia buat aku yang lemah ni. Sesesungguhnya aku manusia yang lemah lagi banyak belajar memerlukan doa serta sokongan kalian untuk aku bangkit. Semoga si LB tu diberikan hidayah oleh ALLAH dan sedar akan kesilapan dia. Ingatlah, kerana mulut, badan binasa kelak nanti makan diri. Doa aku untuk dia, semoga dia diberi magfirah oleh Allah hurrabi. Aku pun manusia yang tak sempurna tak lari dari buat salah silap tapi aku selalu muhasabah diri ini agar jadi manusia yang disukai oleh Allah mudah-mudahan, Amin Insyaallah.