Episod seterusnya dalam sejarah aku. Banyak story nak share here. Apa yang aku nak story kali ini tentang percutian aku dalam bulan ni dan bulan lepas. Huh.. Puas berjalan tuh. Sakan betul bercuti. Mana tak nya, masa pun tak dibiarkan kejar kitaorang..Yelah, kita kan kena kejar masa, jangan sebaliknya pulak. Mesti tertanya-tanya bercuti at mana? Dengan siapa? Berapa lama? Haaaa, aku jawab jap ag.
Last aku update blog, aku ada mention yang aku akan gerak ke Port Dickson an? Malam tu, tak terus pun pergi PD. Aku bermalam rumah kawan baik aku, Jaja. Aku dengan Ika stay rumah Jaja dulu. 2 hari pulak stay situ. Haha. Ada masalah transport plak an. Nyaris2 kitaorang tak jadi ke PD. Yelaa, ada aja masalahnya. Sementara tu, dok la makan tidur kat uma Jaja, ehh bukan, uma Kak Na. Kak Na tu kakak angkat Jaja. Nanti aku tunjuk pictha nya. Kak Na memang baik pada kitaorang. Dia anggap aku dan yang lain-lainnya macam adik dia sendiri. Huhuhu..Asyikk dehh..Dilayan macam Tuan Puteri jea rasa. Just imagine jea la kitaorang disuruh makan jea. Dah tu, dapat duit la, dapat topap laa. Aku terkejut betul pemberian Kak Na. Sebaik itu. Jarang nak jumpa orang sebaik itu. Sayang Kak Na. Hehehe. Mesti best kan sesiapa yang ada kakak. Aku tak ada kakak. Akulah kakak. Hee..
Ok, next. Jaja berusaha sebaik mungkin untuk pergi juga bercuti. Masalah kawan aku, Rina yang tak ada road tax. Last2, dah dapat motor yang ada road tax. Perjalanan kitaorang bermula ke Batu Pahat. Kenapa BP pulak? Hah, stay BP plak kejap, rumah sewa Ika dengan Rina. Nak amik motor dekat sana. Malam tu, kitaorang amik motor dekat Simpang Renggam. Pehh, gila kan. Muar ke Batu Pahat. Batu Pahat ke Simpang Renggam. Pastu balik Batu Pahat. aduuhh, letih nan pernagai sorang Minah nie. Aku dengan tiga yang lain turutkan aje. Hissh. Nak aje carut. Hahaha..
Lepas dapat motor yang ada road tax and stay BP, pagi-paginya bangun awal exited kowt. Haha. Dari BP ke KL plak. Huhu. Janganlah buat muka macam tuh. Pelik sangat ke? Lupa nak cakap, kitaorang nie bercuti merempit ke PD. Maksudnya? Means, konvoi naik motor la. Percaya atau tidak kitaorang berempat pergi naik motor, terpulang pada korang. Hey, tapi baca dulu sampai tahu. Heee..Ke KL buat apa? Haa, kitaorang pergi KL sebab Jaja ada hal and amik duit sekali katanya. Gila kan kitaorang.
Nie masuk 'Zon Kesusahan'. Apa maksudnya? Maknanya, perjalanan kitaorang nak ke KL terhenti. Owhh, Shit. Tayar bocor dekat highway. Motor yang Ika bawak plak tu. Ika bawak aku. Pehh, gila. Panas lagi. Bayangkanlah kitaorang terpaksa ber'kampung' tepi jalan. Dah fikir da, macam mana nak minta tolong ni. Setengah jam tunggu bantuan. Tapi, hampeh. Tak ada orang yang nak berhenti. Tahu hon jea. Hishh, jagan tahu nak hon tapi tak tolong. Hahaha. Kelakar pun ada. Rina mintak tolong pada 'spare tyre' dia KL nie. Hm, banyak 'cawangan' yang dibuka. Hah. Hidup dia kan. Malas nak masuk campur. Tapi, yang baca tu, janganlah say gurl semua sama. Sama cantik tak ape. Hee..tapi tak sama perangai ok. Rambut sama kaler, tapi hati banyak kaler. Hahaha.
Sempat lagi aku pose cun kat highway KL ni.
Gara-gara bosan.
Candid time laahhh!!
Muka fed up nihh..
Pucat sudahh muka..Panas kowt..
Aisehh..berangan semua minah2 nie..
Boleh plak an mrenung nasib n masa depan.
Nie da dekat 2 jam tunggu taw tak.
Mana tak bosan..Huhuhu...
Dari kanan :
Ika, Jaja dan Rina.
Photoshoot : Zetty Izzati.
Haaaaaaa...
Sempat lagi kan merakamkan kenangan bersama. Hampir 2 jam tunggu, akhirnya motor pun siap dibaiki. Perjalanan kitaorang diteruskan. Kuala Lumpur. Petang dalam kol 5 baru gerak. Huh. Hari dah semakin gelap. Redah jea. Steady gurls. Sampai KL, then dah setel urusan 'kerajaan', kitaorang teruskan ke PD. Hooreyyyyy! Akhirnya. PD! PD! Mesti korang nak tahu apalah rasa dok atas motor tuh. Tak sakit ke pinggang? Fuhh, mahu tak sakit. Kematu kowt pinggang punggung pinggulku. Hahaha. Jalan jauh an. Sakit senua sendi, otot, urat2 yang ada. Hahahaha. Berani redah betul kan. Tapi seronok coz kitaorang buat apa yang orang lain mungkin tak mampu buat. Kitaorang naik EX5 je taw. Percaya? Harus percayalah ok. Tak ada yang mustahil jika ada kemahuan.
Akhirnya, ketibaan Cik2 Johor dah sampai ke Port Dickson. Jam 11 malam tu. Yelaa, masa tolak berhenti rehat, makan minum, buang sisa toksid lagi. Kui3..Sebelum cari hotel, kitaorang singgah kejap Teluk Kemang. Bukan nak mandi lah. Ambil angin pantai dulu. Rindukan laut. Heee..Tehen, cari hotel dekat2 juga dengan pantai. Jaja support penginapan kitaorang. Thanks Jaja, atas tajaanmu. Heee..Kitaorang stay 3 hari 2 malam. Sampai hotel, mandi jea terus boom..krrrrrroooooh3..tidurlah, apa lagi. Keletihan melanda masing2. Menanti rancangan best untuk hari esoknya. Kena rest puas2 dehh.
Pagi-pagi lagi kitaorang dah bangun seawal jam 7. Bangun mandi pantai lah. Wait Telok Kemang!! Hish tak sabar!! Auw auw..Heee..Pagi yang cerah dan pantai yang cantik, bayangkan betapa seronoknya berendam, berenag dan berkubang lam air masin tuh. Huhuhu. Tengah best2 jea mandi, tiba2 ada abang nie tawarkan naik pelampung 'pencil or banana' tu. Owhh no. Aku takut. Jaja ajak aku. Seboleh-bolehnya ajak aku dengan Ika. Aku takut. Dulu aku pernah naik bot, then hampir lemas. Tak maw. Tak maw. Don't force me. Takut lemas lew. Jaja tetap pujuk dan pujuk. 'Please Zetty, demi aku jea. Bila lagi nak seronok macam ni". Last2, aku pun termakan pujuk jugak. Dalam hati masa tu, tawakal jea la. aku jerit kat abang tu, jangan bawak jauh2 dan tak nah jatuh!!
Aku, Jaja, Ika dan Rina pun naik. Ada lagi 2 penumpang lain gak naik. Huh. Gentar siutt. Masa naik tu, memang best. Aku dok tengah. Aku, Ika dengan Rina bising menjerit-jerit kat belakang. Abang tu da mula bawak laju. Pehh. Menjerit macam apa dahh. Sampai dekat-dekat tengah laut, abang tuh wat lap plak an, and................
Dushhhhh.
Sapa jatuh?
See?
Akulah jatuh.
Jahat..
Abang tuh tipu.
Bukan aku jea jatuh, yang lain pun kecuali Ika dengan Rina. Bayangkan kaki aku tak jejak tanah and aku tak pandai swim. Panik gila masa aku jatuh dalam air dalam tu. Lemas sekejap. Masa tu aku dah banyak minum air masin. Takut ya amat. Aku minta tolong. Nasib baik ada kakak yang jatuh juga tadi. Tolong pegang aku. Sangka aku lemas tadi tapi aku tak tenggelam sangat sebab ada jaket keselamatan. Haha, aku lupa. Tapi, aku memang takut air dalam. Naik balik 'pencil'. Masa tu, ketakutan aku dah mula surut daripada tadi. Aku dah rasa nak jatuh lagi. Heee..gedik! Enjoy sangat naik tu..Masa naik tuh, berombak-ombak dan beralun-alun airnya. Bak kata Ika, rasa macam kemudi ship macam cerita "Pirates of Carabean'. Aku pulak berangan macam naik kapal Titanic yang melewati air laut deras macam dalam cerita tu. Fuhh, best. Thanks Jaja. Ketakutan aku dah tak ada. Thanks hilangkannya. Sayang kau!
Sayangnya, kitaorang tak sempat bergambar coz hujan lebat dan ribut melanda. Kitaorang pun berteduh lama dekat pondok pelancong. Pada mulanya, aku dengan Ika dan Jaja mandi hujan sambil jalan-jalan tepi pantai. Hujan gerimis dan lebat. Masa hujan gerimis, fikiran aku mula terkenangkan sesuatu. Peristiwa lama. Cerita lama. Kisah aku dan dia. Kisah aku yang perit dilanda fitnah. Aku tahankan diri dengan lamanya aku cuba berdiri dan akhirnya berdiri. Aku memandang pantai dengan fikiran yang jauh menerawang. Sudah jauh ku tempuh rupanya. Dalam gerimis, aku menangis.
Semahunya ingin aku menjerit. Aku dah pun menjerit. Batinku saja yang menjerit. Ku keluarkan segala 'nanah' di situ. Aku melemparkan kenangan lalu. Segera aku tekad. Nekad untuk buang sejauh yang mungkin. Tak mahu berpaling lagi. Aku buang kenangan aku dan dia di situ. Pantai Telok Kemang. Izinkan aku membuang rasa sakit dan maaflah memberi engkau menelan kepahitan itu. Akhirnya, usaha kawan-kawan memulihkan aku semakin berjaya. Aku semakin pulih. Aku lama sedar namun hati masih tak sedar untuk terima hakikat hidup. Fikiran menerima tetapi hati..?? Tapi sekarang, sudah. Jiwa aku sudah menerimanya. Terima kasih sahabat2ku yang tak putus asa memberi semangat, nasihat dan kenangan baru untukku.
Hujan semakit lebat dan angin memang kuat sangat. Mulanya, rasa best jea tapi lama kelamaan, aku mula rasa nak membeku. Sejuk ya amat..!! Mengigil-gigil aku sampai rasa dah lain dah. Darah pun macam rasa nak beku. Hujan lebat 1 jam. Aku dah tak tahan. Ajak dorang redah juga hujan, Kalau tak redah, aku pasti dah mati kesejukan kitaorang nie..
Next story....
To be continued...
Letih...
Huhuhu...



























I'm Zetty Izzati
Pencinta Seni Teater
Diploma Teknologi Seni Teater
7 May 1990
Love to writing
Anda tidak akan jadi penulis yang berjaya jika anda tidak menjadi pembaca terlebi dahulu