Bosan
Nak keluar jalan2 weyyh..

Sabtu, 2 April 2011

TEATER OHH TEATER! SAYANG KAU!!


DI ATAS INI ADALAH SHOW LISTING BAGI DTS (DIPLOMA TEKNOLOGI SENI

TEATER) DRAMA SHOWCASE 2011 YANG DIADAKAN JULUNG KALINYA DI KAYM.


Merujuk kepada poster di atas iaitu SHOW LISTING DTS DRAMA SHOWCASE 2011. Senarai persembahan di atas merupakan projek penilaian untuk subjek TEKNIK ASAS PENGARAHAN di bawah En. Zamri Mohammad ( Semester 4 ), subjek Pengurusan Pentas ( Semester 2) di bawah Cik Natrah Ab. Ghani.

Seramai 6 orang pelajar DIPLOMA TEKNOLOGI SENI TEATER Semester 4 Tahun Kedua dinilai sebagai seorang pengarah dan setiap seorang akan mengarahkan sebuah pementasan sendiri mengikut karya pilihan sendiri. Berikut adalah senarai persembahan dan tarikh serta masa yang dipersepakati bersama setelah dicabut undi. Persembahan pertama iaitu ‘HEART’ arahan Mohd Shahril Sani pada tarikh 18 MAC 2011, bertempat di Ruang Legar, KAYM. Seterusnya, 2 persembahan teater yang bertajuk ‘KACA TERHEMPAS KE BATU’ arahan Mohd. Hanif Bin Latif dan ‘PENGERTIAN’ arahan Nurashida Rashid diadakan pada tarikh yang sama iaitu 21 MAC 2011. Hari berikutnya, teater yang bertajuk ‘RATAPAN’ hasil karya dan arahan Nor Fitri Shahida pada tarikh 22 MAC 2011. Pada tarikh 23 MAC 2011, teater ‘SINAR HARAPAN’ daripada arahan Nurfarhana Herman. Keesokan harinya, pada malam Jumaat, diikuti pula teater ‘ROH’ arahan dan karya Zetty Izzati. Teater arahan Syaza Nurizzaty Nawawi menerusi ‘KESETIAAN’ pada 25 MAC 2011. Persembahan terakhir yang bertajuk ‘IMPIAN PENGEMIS’ karya Mohd Firdaus Sidek dan arahan Azrul Razilah bagi penilaian projek semester akhir.
Enam PENGARAH, enam KARYA, enam PENTAS dan enam PRODUKSI yang berbeza mempertaruhkan bakat awal bagi subjek TEKNIK ASAS PENGARAHAN bagi penilaian SEMESTER 4. Bagi subjek PENGURUSAN PENTAS, seramai 13 orang dinilai sebagai Pengurus Pentas untuk setiap setiap teater bagi SEMESTER 2.



PENILAIAN :

LEMBARAN PENGARAH
MENERUSI

TEATER ‘ROH’

KARYA DAN ARAHAN

 ZETTY IZZATI

 PENCARIAN-PEMILIHAN SKRIP

En. Zamri memberi kebebasan untuk memilih atau mengambil skrip dari mana-mana dan menggalakkan kami untuk mencari bahan itu di perpustakaan. Namun, saya kurang berminat untuk mencari skrip di sana kerana saya sedikit cerewet dalam memilih naskah dan memerlukan masa yang agak lama dalam memilih skrip kerana perlu meneliti pengisiannya. Rentetan itu, saya membuat keputusan untuk menulis skrip sendiri di samping menonjolkan minat saya dalam bidang penulisan. Subjek ini merupakan subjek yang paling saya minati kerana cita-cita besar saya ialah menjadi seorang pengarah teater. Oleh kerana semangat saya di  dalam bidang ini, maka tercetusnya idea untuk berkarya dan akhirnya idea datang melimpah ruah hingga terhasillah sebuah naskah yang bertajuk ‘ROH’.

Idea asal skrip ini adalah datangnya dari anugerah illahi dengan memberi ilham kepada saya menerusi pengalaman hidup saya sendiri dan pengalaman hidup seorang sahabat yang pernah mengalami situasi di dalam penceritaan ini. Gambaran ‘neraka’ yang sukar digambarkan adalah satu cabaran buat saya kerana tidak pernah merasakan keadaan sedemikian lagi. Namun, saya teruskan langkah berani saya membayangkan dengan kuasa imaginasi tersendiri dan bagi seorang pengarah amatlah penting bagi mengelakkan isu-isu yang membangkitkan sensitiviti dalam kalangan pemikir.

Alhamdulilah, saya mengambil masa dalam 3 hari untuk menyiapkan skrip sebanyak 10 babak dan diberi tajuknya “Roh’. Tajuk ‘Roh’ diberikan kerana manusia dan ‘roh’ tidak pernah berpisah melainkan mati dan terus kepada penceritaannya yang terbahagi kepada 2 alam iaitu alam manusia dan alam ‘roh’. ‘Roh’ sudah tentu tidak lari berkisarkan kehidupan dan kematian manusia yang mempunyai kepercayaan dan agama. Genre skrip ini ke arah genre ‘islamik’ dan jenis teater ‘fitrah’ yang berunsur-unsur keagamaan, kepercayaan, keinsafan yang akhirnya membawa pengajaran. Teater ini mempunyai unsur-unsur realisme dan surelisme.



 CABARAN PEMILIHAN SKRIP

Sememangnya cabaran dan ujian tidak pernah lari apabila semangat sudah membara dan menyala apabila ingin karya sendiri dipentaskan. Saya sedar bahawa naskah ini adalah naskah yang cukup berat, satu permulaan dan percubaan pertama yang saya ‘berani mati’ untuk mementaskannya namun ada beberapa kekangan yang  sedikit sebanyak hampir mematahkan semangat saya. Pertama, kemampuan saya diuji oleh seseorang dengan memperlekehkan keupayaan saya membawa naskah ini. Saya diminta untuk memendekkan skrip tersebut oleh kerana watak-watak di dalamnya terlalu ramai. Bertambah sedih lagi apabila datang lagi seseorang dengan meminta saya menukar skrip lain di saat saya telah sudah memulakan latihan dan agak terkilan kerana banyak berhempas pulas mencari pelakon sendiri. Namun begitu, semangat saya marak kembali apabila disimbah ‘minyak tanah’ daripada pensyarah seperti En. Zamri untuk tidak mengendahkan kata-kata itu dan memberi saya peluang teruskan kesemuanya. Penasihat lain seperti En. Azrul, En. Saiful, En. Razlan , En. Hassan dan juga En. Wan Iqmahl turut mendokong dari segi moral dan nasihat sebagai pembakar semangat saya. Cik Zaleha juga tidak ketinggalan dalam memberi idea dan nasihat yang pada awalnya saya begitu takut beliau akan menolak karya ini tetapi beliau mengatakan ‘tiada masalah jika kita percaya kemampun kita’. Kata-kata itulah yang menjadi perangsang buat pembikin baru seperti saya. Setinggi langit terima kasih kepada para pengajar mendokong saya. Terima kasih dan syukur ke hadrat-NYA
.-Alhamdulillah- 


POSTER 'ROH'

karya dan arahan
=) Zetty Izzati 






Antara poster SHOW TEATER yang lain!
Menarik bukan??

SETERUSNYA..
PROSES PEMBIKINAN / THE MAKING OF..'ROH'
WATCH OUT....!!


PROSES GRAFIK-EDITING AND AUDIO

(psst :jangan main2, pelakon pun turun padang wat keja2 teknikal nie aw)


GIGIH SIAPKAN 'MAYAT'

( psst : mayat sape jew y hang bungkus tuhh?? )


MAYAT PUN ARTIS JUGAKKK!!




MACAM KENAL LAA..

LAA, INI LAH STAGE MANAGER AKU YANG PALING CEKAP!!

( psst : dengar c GENJI GONZALEZ nie, kembang x suda dye t..ha haah)


NAK TAHU NI SAPE?

HAA, NI LAA ARTIS KITA TP AS HAJI SALLEH SELEPAS MAKE OVER

( psst : nk usha?? nme btol dye ASH, pndai dye b'lakon )


NAK TULIS BESAR2 AT C NIE LAA..
GENJI GONZALEZ-SM DEMAND!!
HA HAH....!!

ORYTE!
ADE LAGI ACTUALLY TP TUNGGU NEXT POST LA EA..
AKU PENULIS SKRIP..
ADA SESIAPA YANG INGINKAN SKRIP AKU, SENTUHAN KARYA AKU, INSYAALLAH..I OLS BLEY TOLONG ASALKAN BG JOB AT SY LAA EA..HEHEHE..
SYARIKAT PENERBITAN YANG TERBACA BLOG NIE, CONTACT LA SY K!
-sempat lagi Zetty Izzati promote nihhh

1 ulasan: