Bosan
Nak keluar jalan2 weyyh..

Khamis, 18 April 2013

Melakar Cinta di Pintu Syurga

Assalamualaikum w.b.t. Segala puji ku panjatkan kepada-NYA. Alhamdulilah, aku masih diberi kesempatan menghirup udara indah pagi Khamis ini dan syukur juga aku masih bisa sempat menulis entry dalam blog ni. Dah lama aku tak tengok blog ni. Kali terakhir pun, masa aku delete post blog aku minggu lalu. Eh, kenapa delete? Huu, actually, delete post tu untuk suatu kebaikan aku dan dia. Tak faham? Memang sengaja bagi tak faham. Maaf ye, Mr. R, kalau i story hal yang mungkin u anggap peribadi. I ada sesuatu nak u tahu. U nak tahu? U terus baca je, ok. 

Kadangkala, ada benda yang kita simpan di dalam hati tak dapat terluahkan melalui kata-kata dan juga bertentangan mata. Apabila bertentang mata, semuanya jadi kedu, kelu, malu, sipu dan boleh jadi juga tak jadi nak cakap apa yang terbuku dalam hati ini kan. Oleh itu, ianya terluahkan melalui media sosial ini iaitu blog. Tapi orang lelaki ni KADANG-KADANG salah sangka, diaorang ni cukup tak suka hal peribadi di'pertonton' umum. Diaorang ingat kita nak jaja kisah hubungan yang bermasalah dan sebagainya. 

Tetapi sebenarnya, emosi seorang perempuan itu apabila dia tak dapat luahkan apa yang dia nak katakan, inilah caranya dia nak memberitahu apa yang dia rasakan supaya si  dia lebih kenal dan faham hati perempuan itu. Dalam hubungan percintaan, selalunya kita didatangi dengan cubaan dan dugaan. Cubaan dan dugaan itulah menjadi punca masalahnya. Biasanya, prasangka dan salah sangka. Itu faktor paling dominan yang biasa sangat berlaku. Begitu juga lah masalah yang aku dan dia hadapi lebih-lebih lagi kami jarang bertemu. Ada saja hal yang berbangkit dan juga emosi dipukul rasa tertekan.

Kelemahan bagi orang perempuan apabila sesuatu masalah itu dipendam dan tidak dibincangkan masalah itu dengan cepat dan baik, ia cepat menjadi 'ketumbuhan' dalam hati dan otak wanita ibarat mendapat penyakit tidak diubati maka ianya akan jadi penyakit yang semakin serius dan akhirnya menemukan 'jalan mati'. Hal itulah yang minta dijauhkan dari pemikiran wanita. Kelemahan kedua yang tak dapat dipisahkan dari jiwa raga wanita adalah air mata. Itu yang sakit sangat. Bagi wanita, aku pasti mereka pernah merasakan sakitnya apabila ditimpa masalah apatah lagi musibah besar yang sukar bagi mereka lalui, cara terbaik melepaskan tekanan adalah air mata. 

Aku suka baca satu entry tentang wanita dari kunjungan blog ke blog. Aku ingin sekali berkongsi apa yang dia kongsikan melalui blognya. Entry nya bertajuk, KENAPA WANITA MENGALIRKAN AIR MATANYA? -->

*Satu kekhususan yang Allah beri kepada wanita kerana wanita boleh menumpahkan perasaannya bila mereka memerlukannya. Bukan sebuah kelemahan ketika wanita menangis tapi air mata itu adalah sebuah air mata KEHIDUPAN.*

Aku ambil itu sebagai satu semangat untuk diri aku dan beri kata-kata itu kepada lelaki sebagai suatu ilmu yang patut disimpan bukan sahaja tahu baca then buang dari minda mereka. Itu kelemahan lelaki. Mereka tidak suka menyimpan apa yang dirasakan tidak penting di dalam otak mereka, mereka ambil kemudian apa yang penting dan perlu sahaja mereka simpan. Peratus otak lelaki dan perempuan boleh dibanding melalui satu kajian yang aku baca  : 

Perempuan terlalu sensitif sehingga tidak dapat menahan sikap rasionalnya ?

Sedar ataupun tidak, perempuan lebih banyak berkomunikasi dengan perasaan berbanding kaum lelaki. Kajian yang dilakukan oleh seorang neurologi dari University of Pennsylvania, Professor Ruben Gur mendapati, 70 peratus tenaga yang digunakan dalam otak lelaki akan berhenti ketika dalam keadaan istirehat. Sedangkan otak wanita, 90 peratus tenaganya akan tetap berkerja. Ia membuatkan wanita cepat sensitif dan dapat berfikir rasional dalam suatu waktu yang sama.

Hal sedemikianlah yang menyebabkan perasaan seorang wanita lebih peka. Allah menciptakan kaum hawa dengan 9 perasaan 1 akal, maka mereka selalu mengutamakan perasaanya dahulu dalam menghadapi sebuah permasalahan. Bila saja sebak, air mata itu mudah mengalir. Bukan kerana lemah, tetapi air mata ini dapat membantu merembeskan rasa yang berbaur campur dengan kepedihan yang dialaminya. Selama mana dia menangis, selama itulah dia menahan kepayahan menanggung beban hatinya. Itu jugalah yang aku alami pada minggu lalu. Tak tertanggung perasaan yang aku bawa, air mata yang keluar itulah yang membawa pergi beban hati itu.

'Allah menciptakan wanita dengan kekuatan untuk bertahan, ketika yang lain menyerah dan putus asa pada keadaan kerana mereka yakin akan sebuah harapan.'




Kenyataan di atas ini bukanlah untuk membanding-bandingkan lelaki dan perempuan. Lelaki juga ada kelebihan dan keistimewaan yang perempuan mungkin tidak tahu. Walaubagaimanapun, hati perempuan sentiasa berusaha menyelami perasaan mereka ini hingga ada yang berkali-kali mengalah walaupun lelaki yang memulakannya dahulu. Ops, jangan marah dulu, bukan semua pasangan dan lelaki sebegitu tapi ADA dan SESETENGAH. Hal ini MUNGKIN kerana wanita itu begitu takut kehilangan orang yang dicintainya. Itu kena TAKE NOTE wahai KAUM ADAM. 

Kelebihan orang lelaki pula adalah memujuk dengan kata-kata yang baik, belaian pada sentuhannya, cara dia memandang wanita yang dikasihinya. Romantis pada wajah dan perlakuannya mampu meruntun perasaan wanita yang keras. Lelaki diciptakan untuk MELINDUNG kaum hawa dan wanita dicipta untuk MENJUNJUNG martabat kaum Adam. Lengkap-melengkapi sesama sendiri. Bahawasanya,itulah fungsi manusia untuk dunia ini. Masya-ALLAH, segala puji-pujian untuk-MU.

Wanita dikatakan dicipta dari tulang rusuk lelaki, jika pemilik rusuk sudah bertemu dengannya semestilah tugas sebuah tulang rusuk untuk melindungi jantung dan hati agar ianya selamat dan tidak tercedera kan? Itu jika jodoh sudah ditentukan dari DIA. Aku sedar jika tuhan tidak berkehendakkan aku dengan dia, maka ia bukanlah jodoh kami. Cuma aku sentiasa berusaha untuk mempertahankan rancangan hati antara dua insan, selebihnya RESTU datang dari ENGKAU, tawakal dan redha dengan apa jua KETENTUAN-MU.

Bercerita tentang jodoh juga menyedarkan bahawasanya kita sentiasa perlu belajar dan cari erti kehidupan sebenar. Perjalanan hidup aku yang menempuh satu tahap ke satu tahap di mana kegagalan bercinta pada masa lalu yang dijadikan pengajaran buat masa sekarang. Aku tak tahu apa lagi cabaran yang menjengah dan menjenguk sebentar lagi. Rumit atau bertambah rumit. Takut untuk berhadapannya tetapi kena juga kuatkan hati untuk satu tujuan ke JALAN-MU. 

Sebenarnya, aku cukup bersyukur kerana dipilih untuk merentasi ujian berat dari-MU. Semua ini menjadikan aku wanita yang kuat, cekal, tabah hadapinya tanpa iman yang alhamdulilah tidak tersisa. Wanita yang kuat adalah wanita dengan imannya. 

"Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”. (Al-Hadith)

Oleh kerana itulah wahai ikhwan jadikan jangan kau siakan wanita. Ingatlah kau juga dilahirkan dari rahim ibumu yang juga seorang wanita, jika kau melukai hati wanita itu sama halnya kau lukai hati ibumu.

Jadi, lelaki dan wanita ada kelebihan dan kekurangannya juga. Itulah sebab kita dijadikan supaya dapat melengkapi antara satu sama lain. Segala amalan yang kita lakukan tetap dibalas walau sebesar zarah.


Maafkan hati jika hati kami ini melampaui batas hingga ada mencalarkan hatimu, wahai IKHWAN. Sungguh hati ini ingin disatukan dengan hatimu tetapi jika tidak terdaya lagi, apalah lagi yang kami boleh lakukan lagi melainkan REDHA dan PASRAH. Aku tahu engkau sentiasa ingin aku sihat, baik, berjaya dan solehah. Begitu juga diri ini yang sentiasa inginkan kau tersenyum. Itu sudah memadai buat hati seorang wanita. Senyuman itu yang lebih membawa kebahagiaan di dalam hati ini. Apabila engkau membuat aku pula tersenyum, maka aku berusaha untuk menjaga hatimu supaya tidak tercalar. Maafkan hati ini juga jika sepanjang perhubungan kita, ada yang membuatmu tersinggung, membuatmu terbeban di hati dan fikiranmu. Aku sedaya upaya menyelami nalurimu sebagai seorang lelaki yang istimewa di hatiku kerana sikap penyayangmu. Jangan terlalu bersedih dengan kepergian orang tuamu kerana sesungguhnya tuhan juga menyediakan sesuatu yang indah buatmu dan sedang menguji kamu dalam kemampuanmu meneruskan perjuangan hidup ini. Aku tahu kamu juga kuat hatinya dan selalu  menguatkan hatimu untuk dirimu sendiri serta orang-orang kamu cintai disekelilingmu. Aku sentiasa menyokong dan mendukung perjuangan hidupmu. Jadikan masalah dan ujian itu sebagai satu cara untuk kita mencari jalan keluar, jalan penyelesaian dalam melakar cinta di pintu syurga. Insya-ALLAH, semoga hati kita dipermudahkan olehnya untuk bersatu. Amin.