Aku kini mengeluh dalam luluh. Meratapi sesuatu yang bukan milik aku. Sampai bila aku akan jadi begini? Ternyata aku kecewa setiap kali menatap bayanganku sendiri di dalam cermin. Kau hanya mampu menyebarkan noda di hatiku. Perasaan aku yang bersawang dan fikiran berkerawang hanya memikirkan engkau. Ku baca sesuatu tadi yang menyentuh perasaan aku jadi sebegini. Perempuan itu mencintainya. Say 'I Love U, Hby'
Bagai kaca terhempas ke batu perasaan aku ketika itu. Luluh semuanya. Hanya mampu mengeluh dan berpeluh jika dia sudah mencari pengganti lain secepat itu meninggalkan aku di belakang. Arggghhhh..aku rasa mahu menjerit sekarang!! Menangis semahunya. Aku rebah. Aku tewas kini. Aku sudah jatuh kerana gagal mempertahankan hubungan ini. Tapi dia? Apa dia berusaha? Aku tak nampak pun jalan kembali. Aku yang tidak pernah memadamkan api cinta yang semakin membakar dalam jiwa aku. Aku bukan berharap tapi cinta yang tergarap di hati secara sendirinya. Aku tak boleh menipu hati aku sendiri. Puas aku cuba berhenti mencintai lelaki itu tapi..
Aku nyata tak mampu. Realitinya, memang lelaki itu selalu sakiti aku. Kata-kata dia. Perlakuan dia. Semua yang terlihat dari segi zahir, dia memang tak berhak mendapat cinta aku. Itu yang dikatakan oleh kawan-kawan aku. Namun mereka dan aku tidak nampak dari segi batin yakni perasaannya pula. Aku yang hanya dapat merasakan dia tulus menyintai aku namun tak telus.
Cinta dia terhadap aku mungkin hanya sementara cuma. Lelaki. Mudah sangat meluahkan cinta dan akhirnya mudah juga melemparkan perasaan perempuan. Aku pula terasa diperbodohkan. Cinta tuhan sememangnya hakiki. Ini dugaan buat aku dan tuhan menunjukkan aku bahawa cinta kepada manusia itu tidak kekal abadi. Aku hanya mampu mencium sejadah dalam haru aku bersujud. Bertemu pula kekeliruan, aku cuba menghamparkan sejadah dan berniat solat ikstiharah. Mohon petunjuk.
Pernah pula selepas aku solat ikhtiharah itu, aku bermimpi 'dia' dua kali. Sedangkan niat aku hanya memohon petunjuk kerana aku diberi cobaan difitnah orang. Pelik. Lain yang aku minta, lain pula yang keluar. Setelah drpd itu, aku asyik bermimpi tentangnya hinggalah hari ini aku jadi susah untuk lupakan dia.
Status aku sekarang 'SINGLE'. Aku kena sedar bahwa aku tak mungkin dapat meraih cinta itu lagi. Tabahkan hati, Zetty. Relakanlah hatimu meskipun berat. Mengeluh lagi. Aku harus melangkah. Tapi aku dah pun melangkah dan jauh telah aku hilangkan diri dari dia. Buat-buat tak ada apa-apa. Chill. Happy cam *beruk. Selalu sedapkan hati dengan buat lawak bodoh depan kawan2. Kawan-kawan plak gelak n think aku happy. Owhh god. Damn it. I'm looking loser, right? Huh..mengeluh tak habis-habis.
Aku bahagia sebenarnya jika mereka gembira. Itulah kebahagiaanku. Derita? Taklah. Aku tak tipu. Memanglah sakit untuk terima kenyataan itu. Tapi bagi aku, cukuplah mereka happy dan bahagia, aku dah rasa itu dah pun memadai. At least, aku mampu lagi tersenyum kerana kebahagian dowang an? Aku kena teruskan life aku juga kan. Hilang kumbang tak bererti aku tidur tak bangun-bangun. Aku yang kena kuatkan semangat aku sendiri. Kalau tak? Siapa lagi kan.
Hmm, semuaya sudah tinggal kenangan. Kawan-kawan pula bawa hal masing-masing. Untunglah masing-masing dah bahagia. Tapi sedih. Dowang lupa kat aku. Aku harap dorang jangan hanya bila ada masalah je, barulah cari aku (*selalunya camtulah) Aku ni dah lah cepat sentap dan terentap jantung limpa semua. Hahaha(*tak ikhlas la tu gelak) Memang kenyataannya aku cepat sentap bila kawan-kawan aku semua lupa pada aku. Ada sorang dorang tu selalu buat aku terasa hati dan sampai jatuh air mata aku dibuatnya. Mana tak, diorang lupa orang yang selalu kasi pedoman hidup and terus aje tinggalkan aku yang terkontang kanting nie. Tapi aku tak salahkan dowang. Aku sedar diri.
Aku sekarang dah jadi Cinderella Camping daaa..Tinggallah aku hidup melara. Aii nasib badan laa.. Sekarang, aku teruskan life dengan menanti hari esok apa yang terjadi. Aku pun still study and must concentre pada study aku.
Jangan leka and lalai kerana cinta lagi. Kalau ada yang baik, I'Allah..Tuhan pasti beri yang terbaik. Moga-moga kalian doa an aku yaaahh??Sapa-sapa yang baca sama ada kenal atau hanya visitors pun doa kan lah untuk aku yang terkapai-kapai doa kalian. Heee..Akhir dari Cinderella Camping, untuk semua dan diri aku juga, jangan sesekali mengharapkan balasan seseorang untuk mencintai diri kita spt kita mencintainya kerana takkan semua orang itu sama hati meskipun 'rambut' sama hitam. Bila berharap balasan, cinta kita jadi tak ikhlas.






I'm Zetty Izzati
Pencinta Seni Teater
Diploma Teknologi Seni Teater
7 May 1990
Love to writing
Anda tidak akan jadi penulis yang berjaya jika anda tidak menjadi pembaca terlebi dahulu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan