Malam yang cukup dingin sekali hari ini. Begitu juga dengan perasaan ini. Tidak ku tahu bagaimana hendak ku luahkan rasa ini. Menulis sajalah cara kedua selepas meluahkan rasa ke pada Tuhan yang satu. Aku tak tahu ini ujian yang ke berapa kalinya. Aku sendiri mengomel sendirian tentang perasaan yang aku sendiri tidak mengerti namun pasti ianya didalamnya. Selalu aku bertanya, mengapa tersimpan di dalam? Mengapa tidak di luar? Di luar pasti ramai yang nampak.. Nampak? Jika dapat melihat, adakah manusia melihatnya dengan mata atau hati atau keduanya? Ciptaan tuhan terlalu istimewa dan kebesarannya amat mengangumkan setiap insan yang merasainya.
Ya Allah, air mata ini sukar sungguh dipisahkan dari perasaaan wanita. Kesedihan ini kadangkala menjadi suatu keindahan abadi yang tidak dapat sang adam merasainya. Aku cuba belajar untuk bersangka baik namun semakin lama hati ini 'membatu'. Tak faham? Memang tak faham sebab rasa ini rasaku. Aku tak dapat meluahkan rasa kepada si dia kerana kami dekat tapi tak selalu jumpa. Apakan daya, aku sudah memahami keadaan dia yang selalu sibuk dan aku...kadangkala agak rasa terpinggir. Aku kuatkan lagi hati ini. Aku begitu takut akan sesuatu, Sesuatu yang pernah menjadi sejarah dalam percintaan aku dahulu.
Dulu, bekas kekasih-kekasih lama menyia-yiakan aku. Masa mula nak mendapatkan aku cukup manis berbicara, apa saja dilakukan demi aku. Setelah sayang, mereka kata sibuk hinggakan aku cuba bersabar, menunggu dan menanti. Seminnggu tak mesej, seminggu tak telefon dan akhirnya buat keputusan untuk putus kerana katanya bercinta tidak dapat tumpukan pada kerjaya. Pada masa tu, tuhan sajalah tahu betapa rapuhnya perasaan itu. Setelah setahun dari itu, dia mencari aku dengan membawa harapan. Harapan itu adalah harapan untu membina semula hubungan itu dan merayu kembali pada aku agar aku terima kembali. Pada waktu itu, aku sudah pun berpunya. Dia menginginkan peluang kedua dan aku tanya mengapa. Jawapannya, akibat dia memutuskan aku, perniagaannya muflis dan katanya dia takkan jumpa perempuan yang serupa sepertiku lagi jika mencari satu dunia sekalipun.
Kata-kata tu sudah tidak memberi apa-apa kesan padaku kerana sudah setahun dia pergi dan secara tiba-tiba datang untuk kembali bersamanya. Aku ni terasa seperti boneka yang pada mulanya disayang, bila jemu buang dan nak, ambil balik. Tapi kenapa aku dijadikan seperti itu? Apa salah aku pada mereka? Aku belajar mencintai dan aku cuma menyayangi orang yang menyayangi aku tapi akhirnya...
Kepada yang baca blog ni, aku tidak bermaksud untuk mengenang kisah lama tetapi sekadar berkongsi rasa yang aku sentiasa dapat. Sekarang, aku sedang mencintai orang lain. Pertama kalinya, dia ini orang yang jauh lebih tua dari aku. Orangnya sememangnya terlalu matang kerana dia pun lingkungan 30-an. Semestinya dia istimewa pada aku. Tuhan mempertemukan kami secara tidak langsung. Pada ketika itu, aku langsung tidak memikirkan soal cinta dek kerana hati sudah banyak kali terluka. Ramai yang cuba tetapi yang terpilih adalah dia. SubhanaALLAH, indah perasaan aku pada ketika itu.
Apa saja tentangnya aku ingat walaupun ada yang dia tidak ingat bila aku tanya. Tapi tak mengapa, itu tak jadi isu kerana aku faham sikap dan mentaliti lelaki. Aku suka dia kerana dia seorang yang lain dari lain. Orangnya berbudi bahasa, tinggi budi pekerti dan kemelayuan yang tinggi menjadi sebab yayag kuat aku jatuh hati padanya. Mengimbau kembali saat dahulu sememangnya sangat-sangat indah. Gambaran itu dapat terlukis di bayangan minda.
Dia matang tetapi dia tidak sedar kelemahan yang dia ada apabila bercinta. Dahulu, kami sering berbincang apabila bertikam lidah tetapi sekarang dia agak kurang mengendahkan perasaan ini. Aku tak salahkan dia tetapi aku sedar bahawa dia sibuk dengan urusan niaga dan urusan majlis perkahwinan adik dia tak lama lagi. Aku sunyi lagi. Tak mengapa. Aku biarkan sahaja dia bersama urusannya. Dan tentang perasaan ini, selagi aku mampu menutupnya, aku pendamkan sahaja di hati. Paling tidak pun, air mata sudah setia menjadi peneman sejati. Itu yang termampu aku luahkan.
Aku juga sedar akan diri ini yang banyak kekurangan hinggakan aku tidak dapat melelapkan mata kerana fikirkan apakah salahku. Astagfiruallah, maafkan hati ini. Sesungguhnya rasa ini bukan rasamu tetapi rasaku. Maafkan aku jika aku menyulitkan fikiranmu. Aku cuma manusia biasa yang terlahir dengan perasaan sederhana ingin disayangi, dicintai, dihargai dan dikasihi orang-orang yang aku sayang. Maafkan aku. Ya Allah, kuatkan hati hambamu ini agar dapat berdiri dan bertahan dengan setiap ujian yang kau turunkan. Semoga KAU berikan aku senyuman hingga ke SANA, insyaallah. Amin.



I'm Zetty Izzati
Pencinta Seni Teater
Diploma Teknologi Seni Teater
7 May 1990
Love to writing
Anda tidak akan jadi penulis yang berjaya jika anda tidak menjadi pembaca terlebi dahulu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan