Bosan
Nak keluar jalan2 weyyh..

Sabtu, 8 September 2012

Hati Dihiris Pisau Ujian


Hari ini aku betul-betul terkilan. Kecewa sangat. Tadi aku bergaduh  dengan mak aku. Aku terkilan dengan sikap mak aku. Aku bukan berniat  untuk kurang ajar atau menderhaka pada dia. Selama ni aku berdiam diri bila dengar dia meleter pasal aku kat rumah ni. Aku boleh terima atas leteran dia tu yang kata aku ni tak kemas rumahlah, bangun lewatlah, tak pandai masaklah dan macam-macam lagi. Aku dah cuba jadi anak yang baik. Aku juga menjaga solatku. Aku sentiasa jadi pendengar yang setia buat dia. Bukan aku nak nyatakan di sini yang aku ni baik tapi sekurang-kurangnya dia boleh nampak SATU je KEBAIKAN yang ada pada aku. Aku berusaha jadi anak yang berguna. 

Berbalik pada awal cerita tadi, aku gaduh dengan dia tadi disebabkan aku nak masak sup ayam ikut cara aku tapi dia kata aku memandai nak masak macam tu sedangkan aku saja nak cuba resepi yang ada dalam majalah. Salah ke aku nak mencuba daripada aku langsung tak nak memasak. Mak aku selalu mematahkan semangat aku bila aku dah belajar memasak.  Aku bukan langsung tak pandai memasak macam perempuan lain yang ada di antaranya masak air dengan telur aje. Aku bukan tak pandai masak langsung. Aku boleh masak kari, nasi goreng, asam pedas dan lain-lain. Tapi ada aje yang tak kena di mata dia. Aku diam dengarkan aje. Aku boleh terimalah apa jua yang dia nak cakap tapi jangan patahkan semangat aku bila aku nak berubah dan jadi anak yang berguna. Aku sentiasa sabar dan sentiasa mengenangkan dia tu ibu aku sendiri.

Aku melawan dia tadi tapi bukan meninggikan suara, kata-kata aku hanya bernada perlahan dan meluahkan rasa hati aku bila aku nak masak tapi mak selalu cakap dengan nada yang cukup sinis.  Aku dah jadi tak tahan duduk dalam  rumah ni. Aku rasa aku tak berguna buat keluarga ni. Dan sekarang, mak aku keluar dengan adik aku pergi belanja dapur. Sampai hati mak aku. Aku masak tadi sambil menitiskan air mata. Aku langsung tak sentuh dan makan dengan masakan aku tadi. Rasa terkilan sangat. Apa aku terlalu berdosa hingga melukakan hati dia , Ya Allah? Ya, memang aku berdosa kerana dia ibuku,  ibu yang melahirkan aku.

Aku cuma minta pengertian saja dari dia dan minta dia menggunakan perkataan yang  tidak menyinggungkan hati aku. Aku sekadar nak dia cakap dengan ayat dan nada yang baik dan lembut. Itu aje. Bukan aku cakap dia ibu yang tidak baik tapi kenalah saling memahami. Dia kena faham naluri anak muda seperti aku yang sentiasa mencuba dan darah pun berdarah panas. Aku pun faham dengan situasi dia sekarang yang banyak masalah tapi jangan lempiaskan kemarahan tu pada anak-anak. Aku jadi semakin tertekan.

Dahlah selalu bertengkar dengan adik lelaki kedua aku. Itu satu lagi hal. Salah ke aku menasihatkan adik aku sendiri mendirikan solat? Salah ke aku betulkan darah daging aku sendiri. Tapi dia menjawab pulak, aku macam bagus je nak nasihatkan dia. Wah, adik aku cakap macam tu pada kakak dia sendiri. Macam bagus? Hm, mungkin aku tak sebagus dengan kakak-kakak di luar sana yang  cukup ilmu menasihatkan kau, Zul. Apa kau nak aku jadi sebagus malaikat, baru kau nak dengar nasihat aku? 

Aku tak mampu jadi macam  tu. Aku ada kekurangannya juga, aku bukan sempurna. Aku gunakan ilmu aku seadanya aku dapat dan belajar agar kau dan keluarga tak jadi jahil. Apalah sangat 5 minit solat jika dibandingkan kau habiskan masa kau dekat Cyber Café tu. Aku memang bukan baik, tak bagus tapi aku ada hati dan perasaan, Sama-sama ada jiwa, sama-sama ada akal dan minda.  Saat ini aku terlampau terkilan da kecewa. Aku tak mampu jadi anak dan kakak yang berguna. Tiada siapa nak hargai aku.

Ayah aku pula? Jangan cakaplah. Dari sebelum dan selepas bercerai, tak pernah pun dia ambil berat tentang  anak-anak dia. Lagilah aku hairan, di mana tanggungjawab dan rasa hati dia untuk anak-anak? Ya Allah, hati aku betul-betul terluka, terkila, kecewa dan jauh hati dengan semua ini. Selama ini aku selalu kuatkan diri dalam keadaan keseorangan. Pada aku, mungkin aku keseorangan tapi aku tak pernah rasa kau jauh dari aku. Kau yang selalu bagi kekuatan pada aku. Aku bersyukur apa adanya.

( Tiba-tiba dapat mesej dari orang tersayang)

Subhanallah, aku bersyukur Maha Suci Engkau yang sentiasa memberikan aku kesenangan pada hati ini melalui si dia. Dia sentiasa tiba tepat pada waktunya. Tiba di waktu aku sedang bersedih. Tiba-tiba je, dia cakap dia teringatkan aku dan bagai ada yang mengerakkan hati dan perasaannya untuk bertanyakan perihal diriku. Rupanya aku tak keseorangan. Allah menunjukkan aku bahawa ada insan dan ramai lagi insan lain untuk memberikan aku senyuman. Syukur alhamdulilah. Sungguh dia ‘rahmatmu’.

Ya Allah, engkau tabahkan hati ini dalam menghadapi apa jua ujian-Mu, ssesungguhnya aku tiada tertahan menanggung air mata yang sentiasa bertakung di mata lalu terpaksa jua ku limpahi atas kelemahanku ini. Janganlah engkau jauh dariku di saat aku memerlukanMu. Aku sentiasa berdoa agar keluargaku dilapangkan hatinya untuk apa jua petunjuk demi kebaikan semata. Engkau murahkanlah rezeki kami sekeluarga dan juga buat si dia sekeluarga serta teman-teman lain yang sentiasa memberikan aku kegembiraan dan senyuman. Amin.

1 ulasan:

  1. Abg terharu membacaye...maafkan abg jika selama mengenali adik x dpt membimbing adik dengan baik..tapi abg tetap igat semua memori kita...moga adik tabah dan sentiasa menjaga solat dan berdoa...sentiasa ada dlm hati untuk ke masjidye..moga dgn cara i2 seseorg dlm keluarga akan nampak apa yg kurg dlm keluarga kita...amin

    BalasPadam