Assalamualaikum w.b.t
Bismillahirahmanirahim. Lama sungguh tak menulis apatah lagi menjengah blog ini. Masa begitu pantas berlari ke belakang dan sekarang tahun 2016. Sebenarnya aku memang malas nak update entry baru kat sini tapi disebabkan aku nak juga say something untuk someone yang jauh dan dekat untuk tahu serba sedikit tentang 'aku'. Tahun 2015 begitu pahit pada aku. Banyak hal yang aku tempuh seorang diri walaupun ada kawan-kawan menyokongku.
2015 memberikan harapan yang besar untuk aku sebenarnya tetapi malangnya ianya tak menjadi yang sebenar-benarnya yang ku harapkan. Manusia memanglah pandai merancang tetapi Allah jugalah yang menentukan suatu hal itu sama ada jadi atau pun tidak. Kun Fa Ya Kun. Allahu. Aku redha dengan semua yang pergi dan berlalu itu. Memang banyak kegagalan yang aku alami hinggakan merasakan diri ini tidak berguna. Aku perlu kuatkan semangat juga walaupun ditimpa ujian sebegitu.
Jatuh bangun dalam perniagaan sudah pastinyalah. Tapi disebabkan kepercayaan yang meninggi itu jatuh ke tanah', aku kuburkan saja kepercayaan itu sedalam-dalamnya. Aku cukup menghargai pengorbanan kau yang datang ke sini dengan tujuan yang baik tu. Kami pun tak juga minta kau kemalangan di jalan raya tahun lepas. Tak perlu kau ungkit semua tu untuk kami simpati. Everthing is empty now. Kosong. Tapi aku tak pernah nak membenci kau. Aku cuma tak mahu lagi berhubung dengan kau. Cukuplah persahabatan antara aku dan FR dikeruhkan, aku memang rasa bersalah disebabkan hal yang itu.
Aku tak mampu nak menjernihkan semula melainkan aku mohon maaf dengan dia. Aku dah mohon maaf pada dia dan aku tak tahu dia maafkan aku atau pun tidak. Kami berkawan hampir 8 tahun. Memang perangai dia agak 'menyakitkan' hati bagi orang tetapi pada yang dah mengenali dia lama, itulah diri dia. Tak hipokrit. Untuk itu saja, aku memang sedih dengan apa yang dah berlaku. Aku seperti kehilangan satu lagi sahabat. Aku redha andai itu yang tuhan nak berikan sebagai hukuman. Tak apalah, lupakan saja hal yang lepas.
Tahun yang pahit bila kita 'keseorangan'. Tapi tetap bersyukur masih ada keluarga tersayang dan Allah maha agung sentiasa ada di sisi. Tahun lepas memanglah agak lah sepi. Hah, ni ada yang tanya dah kahwin ke? Yang ni satu lagi isu tak berkesudahan. Hahaha. Soalan feveret kawan-kawan aku. Semua kawan dah ada family masing-masing kan. Aku aje yang dok solo je. Dulu tunggu TJ (almarhum Tunku Jalil) tapi tak kesampaian cinta aku ni. Huhuhu. Aisehman. Muntah hijau kawan-kawan aku yang lain tahu aku memang minat almarhum. Al-fatihah untuk almarhum TJ :(
Oh ye, cakap pasal solo ni buat aku teringat kat someone. Emm, sebelum ni memang aku pernah bercinta dengan someone ni tapi our relationship tergantung tanpa kata putus apa pun. Aku diam menyepi macam tu je. Haaa, kenapalah agaknya ek. Bercinta pun almost 3 years tak silap tapi tergantung macam tali layang-layang kat pokok je. Tak ada orang nak ambil pun kat atas pokok tu. Biar je. Aku lah layang-layang tu. Hahaha. Kesian kan.
Si dia? Huh.
Sebenarnya memang aku tacink dengan ayat dia yang last tuh. Ayat apa? Kau ingat lah sendiri apa ayat yang kau cakap tu. Aku takkan cakap. Ayat yang tak patut pada aku untuk orang yang kau sayang. Disebabkan ayat tu je, aku mendiamkan diri hampir setahun lebih. Kau sendiri pun tak cari puncanya apa. Kau cuma tahu minta maaf, then mesej hari-hari wish jangan lupa makanlah, jangan lupa bla bla bla. Buat macam tak ada berlaku je. What the..
Setahun lebih aku simpan dan pendam semua ni. Kau tak pernah tanya. Lebih malang lagi, kau pujuk aku pun tak. Setakat mesej je kau dah fikir pujukan tu laku ke ? Mesej kalau kau dok jauh tak pe la juga. Ini satu daerah kot duduk. Tak boleh ke datang jumpa aku pujuk. Tempat kerja aku tak jauh pun. And kau biarkan sampailah setahun berlalu macam tu. Hello, bercinta bukan dua tiga bulan dah nak 3 tahun tapi tak gentle langsung.
Langsung tak ada effort. Kau tak pertahankan aku pun. Oleh disebabkan itulah, hati ini sudah pun tawar nak bercinta lagi. Aku anggap ianya dah pun berakhir setahun yang lalu. Memang mak tak restu dengan hubungan ni tapi at least do something for your love. Ambik hati ke apa ke. Takkan itu pun aku nak cakap. Alahai lelaki ke bukan ni. Kau biarkan aku ni terkapai-kapai macam tu je.
Cinta bukan setakat guna air liur untuk modal nak hidup bersama. Remind yourself with this quote. Aku tahu kau akan baca blog aku ini nanti. Aku harap kau tak kecik hati. Aku luahkan apa yang aku rasa selama setahun ni. Aku pun bukan perempuan yang sempurna. Aku pun ada salah silap aku juga. Tapi disebabkan hal ini, aku dah mula sedar 'love in relationship' ni tak kemana kalau tak berpegang pada agama. Aku sedar apa yang mak aku nasihatkan untuk aku tu semuanya betul.
Aku doakan kau bahagia dan sukses dengan berniaga tu. Lepas ni, aku tak nak lah bermusuhan ke atau ungkit hal ni lagi. Cukuplah kau tahu apa yang aku rasa ni dan jangan buat lagi hal ni pada wanita bakal wife ke girlfriend ke kau nanti.
Apa yang perempuan nakkan dalam hidup dia sebenarnya adalah seorang lelaki yang berani pertahankan sesuatu demi 'rasa' atau berpaksikan 'hati' yang ikhlas dan jujur. Lelaki yang nak menghalalkan wanita itu dengan caranya yang tersendiri ( ada usaha walaupun tak berharta). Lelaki yang ambil berat dan perhatian keseluruhan isi diri dia dan keluarga ( bukan kepentingan nafsu/ hati semata-mata). Lelaki yang boleh membimbing wanita ke jalan yang diridhai Allah. Cukuplah itu.
Mungkin bunyinya agak cerewet dan memilih je aku ni tapi itulah kenyataannya apa yang setiap perempuan inginkan. Tak perlu bunga kad coklat bagai. Tak penting semua tu. Dan aku ni seorang penguji. Aku memang suka menguji tahap kesabaran dan kepentingan seseorang itu. Tapi ujian yang aku berikan tu dah pun gagal. Aku cuba lagi beri peluang tapi nampaknya hati aku tak boleh lagi menerima ruang itu. Maka, aku mula bawa diri keseorangan.
Cukup tentang itu.
Walaupun semua tu dah berlalu, di penghujung tahun 2015 tuhan memberikan sesuatu kepada aku. Aku anggap ianya ujian. Aku cuba menerima dan melaluinya walaupun hati aku berat untuk 'menerima'. Akhirnya di hujung bulan Disember itu, aku menerimanya sebagai satu hadiah dari tuhan untukku. Apakah itu? Biarlah aku dan tuhan saja yang tahu. Huhuhu. Macam saspens je bunyinya kan. Aku rasa di penghujung tahun itulah yang termanis.
Sekarang dah Januari 2016. Dalam bulan ini saja, ada beberapa perkara baik yang berlaku. Alhamdulilah, aku panjatkan kesyukuran atas 'peluang' yang tuhan berikan. Perubahan yang baik cuba ku perbaiki. Mudah-mudahan urusan ku dipermudahkan tahun ini. Semoga tahun ini memberi seribu kemanisan kepada ku. Aku pasti semua ini ada hikmahnya. Aku sentiasa percaya apa yang tuhan berikan sentiasa yang terbaik buat hambanya. In sya Allah, semoga semuanya berjalan dengan lancar.
Dan takkan terlepas ujian-ujian yang bakal mendatang buatku. Aku pasti itu. Aku kena bersedia fizikal dan mental. Terima kasih kepada yang mendoakan. Aku perlu meneruskan langkah demi langkah ke sana. Mudah-mudahan aku dapat harungi semua ini. Terima kasih tuhan kerana memberikan 'hadiah/ yang cukup besar padaku. Dan kali ini aku cuba membalas 'hadiah'mu dengan 'hadiah' ku. Terima kasih yang tak terhingga. Tak layak aku menerimanya tetapi ku cuba perbaikinya. Moga kau juga terima 'hadiah' ku ini. Ikhlas kerana MU :)
Titipan akhir kepada abang angkat aku if terbaca blog ni nanti, mohon contact adik balik. Adik ada benda nak share. Hope dapat ketemu lagi. Salam sayang semuanya.
Assalamualaikum w.b.t.
Jumaat, 22 Januari 2016
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



I'm Zetty Izzati
Pencinta Seni Teater
Diploma Teknologi Seni Teater
7 May 1990
Love to writing
Anda tidak akan jadi penulis yang berjaya jika anda tidak menjadi pembaca terlebi dahulu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan